Pinjaman tidak wajib dibayar, hanya hutang yang wajib dibayar.
Sebelum mengulas tenta tajuk yang ingin dibicarakan terlebih dahulu ingin saya menanyakan anda semua, Adakah anda faham apa itu pinjaman? Apa itu hutang? Sekiranya anda belum jelas akan definisi pinjaman dan hutang itu sendiri maka selama ini anda telah ditipu dan dimomokkan oleh mereka yang lebih cerdik kerana berjaya meng'akal' anda semua yang sudah semestinya cerdik dan pintar kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Tetapi maafkan saya sekiranya anda terasa sekiranya saya mengatakan anda semua adalah kurang pandai atau kurang cerdik berbanding mereka yang mengakal anda walaupun anda mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat sebagai seorang pemegang Ijazah, Sarjana mahupun Doktor Falsafah dalam bidang anda.
Tahukah anda, Malaysia sebuah negara yang sedang membangun ini tidak pernah menghargai anda walaupun anda memiliki kepakaran dalam bidang anda ceburi terutama mereka yang briliant dalam bidang sains, kejuruteraan dan sebagainya termasuk perubatan sekalipun kerana pengurusan tertinggi dalam kerajaan (bukan ahli politik) terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan sains sosial sahaja yang tidak perlu bersusah-payah zaman persekolahan dahulu.
Mereka yang berada di dalam sains sosial ini lebih dihargai dari segi kemajuan kerjaya berbanding anda yang merupakan pakar dalam bidang anda seperti doktor, jurutera, juruterbang, pegawai kawalan trafik udara, maritim malah penyelidik yang merupakan mereka yang menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi negara seterusnya menjana pertumbuhan kearah kemajuan negara.
Mereka yang terlibat dengan pinjaman kini berdepan dengan kemungkinan untuk muflis dan dinafikan hak mereka sebagai individu kerana akan disenaraikan dalam CCRIS dan sebagainya. Ini akan menyukarkan bagi mereka untuk mengembangkan lagi pemilikan harta dan aset.
Comments
Post a Comment