Daun Sup, cuci buah pinggang
Antara rahsia tersembunyi sayuran yang mungkin kita kerap makan tanpa kita ambil peduli tentang khasiatnya ialah daun sup. Ketahuilah rahsia daun sup melalui tips dibawah.
Selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang kita dalam proses biologi badan. Kandungan garam dan racun yang ada didalamnya tidak kita ketahui betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja.
Namun begitu, tahukah anda dengan "Daun Sup" anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini...
Cara dan penyediaan
Ambil daun sup, cuci bersih-bersih , potong kecill, masukkan ke dalam periuk, masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.
Sejukkan rebusan air daun sup tadi, tapis dan masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk.
Amalkan meminumnya segelas sehari...Insya Allah anda akan rasa perubahannya...Segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing.
Daun Sup telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
Berusaha - Berikhtiar - Allah jua yang menyembuhkan.
Selamat Mencuba ...
Comments
Post a Comment