Cerita mangsa kemalangan bas Genting jatuh gaung pada 21 Ogos 2013

Salah seorang  penumpang yang terselamat dari nahas kemalangan bas dekat Genting Highlands menceritakan detik-detik sebelum berlakunya insiden malang yang mengorbankan 37 nyawa berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu

bas persiaran genting jatuh gaung 2013 4 cerita mangsa kemalangan bas genting jatuh gaung

bas persiaran genting jatuh gaung 2013 cerita mangsa kemalangan bas genting jatuh gaungMangsa, Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin berumur 23 tahun, berkata sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin

Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan, katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu

Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung,” katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh kepada Bernama ketika ditemui di hospital

bas persiaran genting jatuh gaung 2013 1 cerita mangsa kemalangan bas genting jatuh gaung

Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila

bas persiaran genting jatuh gaung 2013 3 cerita mangsa kemalangan bas genting jatuh gaungSaya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas,” katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur

Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati

Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal

Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki), katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya

Comments

Popular Posts