Common Mistake "Rumah Terbuka"
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghabiskan Ramadhan pada tahun ini. Entah ini adalah Ramadhan yang terakhir atau akan berkesempatan untuk menemuinya lagi pada tahun hadapan. InsyaAllah jika diizinkan olehNya.
Setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga kini tiba Syawal bagi meraikan kemenangan melawan godaan nafsu. Di bulan yang mulia ini, ramai diantara kita menyambutnya dengan penuh kemeriahan bagi yang mempunyai lebihan pendapatan pula mereka mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri sepanjang bulan yang mulia ini. Hampir setiap hari dan hujung minggu ada sahaja Rumah Terbuka diadakan tidak kira, di taman-rumah dan juga dewan. Dalam keghairahan mengadakan Rumah Terbuka jangan sesekali kita mengulangi akan beberapa kesilapan biasa "Common Mistake" dalam mengadakan Rumah Terbuka. [Kesilapan Biasa Rumah terbuka]
Berikut disenaraikan Common Mistake dalam mengadakan rumah terbuka:
1. Pemilihan Hari dan Masa. (Right Time)
Pemilihan hari dan masa adalah penting dalam mengadakan Rumah Terbuka. Bayangkan betapa bodohnya sekiranya menganjurkan Rumah terbuka pada hari dan masa yang tidak sesuai kerana ianya akan mendapat persepsi yang buruk daripada jemputan seolah kita menjemput tidak ikhlas. Contoh masa dan hari yang tidak sesuai adalah Hari Jumaat pukul 11.00 pagi, kerana kebanyakan jemputan lelaki akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergegas untuk menghadiri Solat Jumaat. Seelok-eloknya jika tiada pilihan hari lain dan hanya tinggal Hari Jumaat sahaja maka seelok-eloknya di adakan setelah Solat Jumaat selesai iaitu di jam 2.30 petang.
Sekiranya anda mempunyai hari-hari lain, elakkan mengadakan selepas Solat Maghrib.
2. Pemilihan Tetamu.
Tetamu yang dijemput juga adalah penting dalam menjayakan Rumah Terbuka kerana tanpa tetamu yang hadir apalah ertinya Rumah Terbuka yang di adakan. Elakkan menjemput tetamu dalam dua kumpulan yang terlalu besar jurang sosial dalam masyarakat, ini adalah bagi mengelakkan satu pihak rasa terhina dan tersinggung dengan pihak yang satu lagi. Ia ibarat mernjemput pipit dan enggang.
3. Aturcara Majlis.
Dalam sesuatu majlis Rumah Terbuka aturcara majlis adalah penting bagi melancarkan perjalanan majlis, tetapi elakkan memberikan pembuka kata yang melalut. Cukup sekadar menjemput mempelawa dan berterima kasih kepada mereka semua kerana sudi hadir pada majlis yang diadakan. Sekiranya perlu majlis bacaan doa atau kenduri doa selamat ringkaskannya sebaik mungkin agar tidak mengganggu masa dan perancangan tetamu yang hadir. Kerana perlu diingat Syawal paling banyakpun cuma 30 hari sahaja, dan bilangan hari ini tidak mencukupi bagi mereka untuk mengadakan majlis tanpa bertindih diantara satu sama lain.
4. Formaliti.
Sekiranya anda merupakan seseorang yang bergelaran, tetapi untuk menjayakan Rumah Terbuka, tinggalkanlah segala gelaran anda tidak kira Tan Sri, Dato' Seri. Datuk, Dato' atau Tun sekalipun kerana sekiranya anda tidak mampu melupakan gelaran anda itu anda bukanlah sesiapa disisi masyarakat cuma apa yang membuatkan anda kelihat begitu adalah kerana pangkat dan gelaran anda sahaja. Tak Percaya cuba tanyakan kepada malaikat maut ketika mencabut nyawa anda.. adakah anda di catatkan sedemikian dalam daftar kematian anda itu.
5. Menu.
Bagi menu pula, tidak perlulah di sediakan hidangan yang berat. Cukup sekadar hidangan sederhana seperti mee, kue-tiaw, laksa atau dari keluarga yang seangkatan dengannya sahaja ditambah dengan biskut raya, buah-buahan dan minuman ringkas. Perlu diingat jemputan juga mungkin ada beberapa jemputan lain yang perlu dihadiri bukannya perlu kerumah anda sahaja.
Jumlah hidangan perlu lah mencukupi untuk jumlah jemputan (tetapi kalau dinamakan rumah terbuka maknanya sesiapa sahaja boleh hadir kan tanpa perlu dijemput). Tidak perlu hidangan yang grand looking tetapi akhirnya membazir.
Sediakan juga beberapa peralatan untuk tapau sekiranya dikhuatiri makanan yang disediakan terlebih boleh diberi sebagai bekal kepada mereka yang hadir di penghujung majlis.
Comments
Post a Comment