It’s Complicated

Musim raya, balik kampung. Kawan-kawan sudah kahwin, bertunang. Jangan sangka kisah cinta kita sahaja yang 'complicated'. Rupa-rupanya ada lagi yang lebih 'complicated'.

Ada kawan saya, jatuh cinta dengan seorang doktor praktikal ketika dia jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Rupa-rupanya, doktor praktikal itu jiran kawan saya, rumah dia dekat belakang rumah kawan saya. Maka pendek cerita, kawan saya dan keluarganya meminang si gadis doktor praktikal ini.

Maka, pendek lagi cerita:
1- Keluarga perempuan 'demand' RM 20 ribu.
2- Pihak lelaki minta kurang, keluarga perempuan degil. Akhirnya dapat kurang jadi RM 12 ribu.
3- Kawan saya cakap dekat si gadis ini, mana dia ada duit banyak itu. Keluarga gadis ini pula kata anak kami 'medical doctor'.
4- Akhirnya berlaku pertemuan kali kedua antara ibu bapa kawan saya dan ibu bapa si gadis ini. Hasil ketegasan ibu kawan saya, dapt kurang lagi jadi RM 11 ribu.
5- Balik rumah si gadis ini kena marah dengan keluarga dia sebab tak hadir pertemuan kali kedua, ayah dia kata 'kenapa tak datang tadi, tak pasal-pasal tadi kena kurang lagi RM 1 ribu.

Bila dengar cerita ini, saya dan seorang lagi kawan saya saling pandang memandang. Ada sesuatu kami mahu katakan tetapi tidak terkeluar dari kerongkong kami.

Saya tanya kawan saya: Kau ada apa-apa nak cakap ke? Kawan saya tunjuk isyarat ada tetapi dia kata: Hmmm tak apa lah.

Saya kata: Aku rasa kau nak cakap benda yang sama aku nak cakap.

Saya tanya kawan saya yang sedang hadapi bakal mertua yang minta RM 20 ribu tadi:

Engkau cinta sangat-sangat ke dekat gadis doktor itu?

Kawan saya jawab: Tak pun, minat macam tu sahaja. Masalahnya mak aku suka sangat kat dia.

Saya: Engkau kena sedia, engkau masuk dalam keluarga dia dalam keadaan penuh konflik macam ini. Kalau kau benar-benar sayang kat doktor itu tak mengapa, tetapi kalau kau pun bukan gilakan sangat doktor itu, nasihat aku lagi elok engkau blahh je.

Kawan: Itulah, masalahnya emak aku suka kat dia.

Saya: Hmm susah jua.
~~~~~~~~~~~

Tu dia, jangan sangka Allah uji kita berat-berat. Berbulan main tarik tali, takut kita tarik kasi tegang putus pula. Bila kita kendurkan takut terlepas pula.

Rupa-rupanya kawan-kawan kita ramai je yang lagi berat kena uji dengan Allah.

Di sebalik senyuman kawan-kawan kita, gelak tawa mereka, ada rahsia yang mereka sembunyikan. Bila duduk-duduk dengan mereka, baru mereka cerita. Bila mereka cerita, wajah ceria gelak tawa tadi hilang.
Bukan kita seorang yang derita, ramai lagi sengsara dalam ceria. Allah uji sebab Allah sayang kita.

Status panjang lebar ini saya tujukan buat anak-anak bujang dan anak-anak dara yang ada konflik cinta. Bukan hanya kita seorang. Panjatkan doa kepada Tuhan. Tuhan yang membolak balikkan hati manusia itulah yang memegang jiwa-jiwa insan. Minta tolong kepada Dia.
~~~~~~~~~~~
(Tolong jangan komen di status saya 'orang Mesir kena bunuh, engkau sibuk bab cinta'. Yang Mesir itu ribuan kilometer jauhnya, di depan saya ada sahabat-sahabat yang menghadapi konflik perasaan, emosi, cinta. Mereka itu, yang duduk hadapan kita perlu dibantu. Sekian terima kasih)

Boleh bayangkan, berapa lama diperlukan untuk mengumpul sebanyak RM11K. cuma untuk dibelanjakan untuk menunjukkan kehebatan pada satu hari sahaja. Memang orang selalu kata kahwin adalah sekali seumur hidup tetapi benarkah itu. Pernah saya mendengar satu ungkapan daripada seorang yang telah meninggal dunia ini buat selama-lamanya, Ibunya hanya satu dan isteri boleh cari pengganti. Tidakkah ianya bermakna perkahwinan itu bukan hanya sekali kerana suami isteri boelh ditukar ganti.

Usah memberatkan hantaran, dan mahal dalam usrusan perkahwinan kerana ianya akan mengundang kepada kesengsaraan dikemudian hari. Apa yang ingin kita bina adalah sebuah keluarga dengan menghubungkan 2 keluarga menjadi satu tetapi sekiranya kita memberatkan urusan ini dengan hal-hal kewangan dan bermacam lagi percayalah,seumpama retak menanti belah. Perhubungan yang diharapkan tidak seindah dari apa yang dipandang dari luaran.

Comments

Popular Posts