Pemimpin Diktator, Hosni Mubarak
Hosni Mubarak Di Bebaskan ?
Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 akan dibebaskan dari penjara dalam masa terdekat. Hosni, 85 ditangkap serta dipenjarakan atas pelbagai tuduhan, dari rasuah hingga pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.
Penyelesaian segera kes Hosni yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam juga dilihat mempunyai agenda tertentu. Pembebasan beliau pastinya menyukarkan lagi kemelut politik yang melanda Mesir.
Ratusan penembak tepat mula ditempatkan di sekitar Kaherah, semalam.
Dalam perkembangan lain, demi menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan semua perarakan dan demonstrasi dibatalkan terutama di kawasan panas, Maadi dan Al-Misr Jadidah kerana kehadiran ratusan penembak tepat yang mengambil ruang masing-masing dan hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan.
Perhimpunan di seluruh negara itu masih menempatkan matlamat sama iaitu menuntut kuasa Presiden Mohamed Mursi dikembalikan dan mengecam tindakan kejam tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.
p/s: Sebagai saudara seislam, doakan yang terbaik untuk Mesir. Semoga ALLAH bagi petunjuk dan perlindungan untuk mereka.
Antara doa yang boleh diamalkan adalah: Doa Di Zalimi Pemerintah
Comments
Post a Comment