Tips Asas Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Mommies yang awesome sekalian,
Eh ada 2-3 orang rakan saya yang baru deliver babylah. Nah sedikit tips hopefully dapat membantu ye.

Susu sikit bila pump? Masih dalam pantang?

Standard lah tu. Bayi selama 9 bulan duduk dalam rahim, warm, cosy n sempit. Tiba2 lahir, wah! luasnya dunia. Jadi dia ambik masa nak adjust dengan persekitaran baru. Yang dia familiar hanyalah ibu dan suara ibu. So baby ni cerdik. Dalam dia nak adjust tu dia nak ibu peluk, ibu dakap... hangatttt macammm dalam rahim. Dan dia tau dia dapat pelukan dan dakapan sedemikian bila MENYUSU sahaja.

Perut baby baru lahir kecik je. Besar 5 sen je or smaller. Cepat kenyang dan cepat LAPAR BALIK sebab susu ibu tersangatlah MUDAH HADAM. Tak macam susu formula SUSAH NAK HADAM.

Bila baby dah mengempeng dan lapar setiap 2 jam, maka bila mengepam jadi sikit je. Takpe, itu perkara biasa jangan risau.

Susu cair bila pump?

Itu namanya foremilk,atau susu awal yang mengandungi lebih air. Sebab tu kena susukan anak at least 10 minit sebelah. Then baru akan dapat hindmilk atau susu akhir, lebih pekat dan mengandungi lemak. Penting untuk peningkatan berat baby.

Pengalaman saya :

Mengepam dalam pantang max dapat 2oz je. kalau setengah jam pump, 1oz. kadang2 0.5 oz. tu tak masuk lagi stress sebab jahitan tertetas, first time mommy yang taktau nak buat apa bila baby asyik nangis malam2 janganlah stress ok cuba tanye pendapat mommies lain yang breastfeed. Alah biasalah tu.

Suggestion saya jangan bimbang. pump bila baby tido atau tandem nursing. it helps. pemakanan seimbang juga penting. kerap mengepam. dalam pantang digalakkan buat stock sikit2 supaya senang nak masuk keje nanti, ada la backup sikit, takla panic. bila dah masuk keje nanti baby tak direct feedkan. Masa itula pun nak pump dengan schedule yang tetap. Ingat disiplin tu penting kena pam every 2-3 hours.

Stay hydrated. kalau tak minum, mcmana nak ada cecair dalam badan. dahla susu jadi kurang, sembelit satu hal pulakkkk. At least 3L air sehari. jangan stress2. Chocolate boleh buat anda happy? makannnnn... tengok telenovela boleh buat anda happy? layannnn... Yeay!

Power pumping. 10 minit belah kanan, then switch 10 minit belah kiri gilir2 sampai cukup sejam (30 minit kanan-30 minit kiri untuk single pump) or 10 minit pump, then rehat 10 minit (utk double pump).

Tandem nursing. Tak sempat pump sebab baby tak tido? Try tandem nursing. Sambil baby hisap sebelah, kita pun pump sebelah lagi. Bagus untuk stimulate milk ducts for both breasts.

Milk booster dan suplement. Ini yang mommies selalu salah faham. Makan itu ini yang milk booster semua tu takkan berhasil tanpa adanya usaha untuk mengepam. Supplement, akan bertindak sebagai makanan tambahan (nama pun supplement kan) untuk kesihatan badan. Badan sihat= happy = endorphine = oxytocin = susu banyak. Itu formulanya.

Inilah sedikit sebanyak yang boleh saya bantu. All the best ye mommies.

Masa dan kekangan kerja adalah cabaran dalam penyusuan susu ibu. Anggap ia cabaran yg perlu diatasi.


"Seorang anak masih boleh ingkar arahan bapanya, seorang isteri atau suami masih boleh curang, seorang kekasih boleh khianati kekasihnya...namun seorang ibu tak mungkin meninggalkan anaknya"


Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku. Merekalah ratu hati saya dulu, kini dan selamanya.

Comments

Popular Posts