Panduan Memilih Makanan di Bulan Ramadhan

Makan di Bulan Puasa Ramadhan | Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan penuh rahmat, bulan ramadhan al-mubarak. Di sini saya Dr. Ikhmal akan memberikan sedikit info mengenai panduan memilih makanan sempena bulan puasa yang akan tiba. Semoga kita sama sama meningkatkan kualiti ibadah puasa kita dengan menjaga pemakanan yang betul lagi sihat. Perut Kenyang, Ibadah Tenang, Hati Senang.

1. Kurangkan Makanan Berlemak

Kurangkan pengambilan makanan berlemak terutamanya lemak tepu seperti sumber sumber lemak daripada binatang, contohnya mentega dan keju. Lemak seperti ini mengandungi kolestrol yang sangat tinggi. Minimakan kuantiti minyak setika ketika hendak mengoreng atau menumis semasa menyediakan hidangan berbuka puasa.


2. Lebihkan Buah Buahan

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah buahan tempatan seperti belimbing, pisang, betik, tembikai mempunyai khasiat yang sangat tinggi berbanding buah buahan import seperti epal dan pear.

3. Lebihkan Air

Lebihkan pengambilan air putih atau anda boleh mencuba mengamalkan berbuka dengan minuman yang berasaskan buah buahan tanpa gula, dan elakkan anda meminum minuman manis seperti minuman kordial, berkafien, dan berperisa.

4. Kurangkan Masin

Kurangkan sedikit pengambilan makanan masin ketika bersahur. Ia akan menyebabkan diri anda akan berasa haus di siang hari di bulan puasa ramadan.

5.Berjimat

Sentiasalah ingat di hati dan minda bahawa anda perlu berjimat cermat apabila berada di bazar ramadan. Beli ikut kemampuan dan tahap pengambilan makanan yang mengcukupi, bukan mengikut nafsu.

Itu sahaja sedikit perkongsian untuk sama sama kita amalkan dalam bulan puasa 2013 ini. Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada seluruh umat islam.

Comments

Popular Posts