Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap

Bagi yang ingin mencuba, di sini saya kongsikan resepi nasi ayam mudah dan sedap yang telah diubah suai mengikut cita rasa kami sekeluarga. Suami juga turut memberi pujian - nasi ayam yang dihasilkan ini 100% sedap. Lepas ni bolehlah dijadikan sebagai salah satu menu untuk berbuka puasa pula.
Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap (Resepi untuk 4-5 orang)
Ayam
Untuk merebus :
1/2 ekor ayam (dipotong)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (diketuk)
Air secukupnya
- Rebus ayam sehingga empuk.
- Angkat, toskan dan kemudian perap bersama bahan perapan selama 30 minit.
Untuk perap :
Sos tiram
Kicap manis
Madu
1 cm halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
- Goreng ayam yang sudah diperap sekejap sahaja - hingga keperangan.
Nasi ayam
4 cawan beras
1 cm halia (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
2 sudu butter 
Susu full cream
Garam
Gula
Air rebusan ayam
- Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam rice cooker.
- Dengan menggunakan kuali, panaskan butter dan masukkan bahan kisar (bawang putih & halia), bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. 
- Setelah naik bau, masukkan air rebusan ayam, susu full cream, gula dan garam mengikut rasa dan biarkan mendidih. 
- Matikan api dan masukkan bahan ke dalam rice cooker untuk dimasak seperti biasa.
* Sukatan untuk 4 cawan beras : 2 cawan air rebusan ayam dan 2 cawan susu full cream.
Sos
5 biji cili merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
- Tumis bahan yang dikisar, kemudian masukkan cuka, garam, gula dan air rebusan ayam. 
- Gunakan api kecil dan masak hingga menjadi likat.
Kicap
- Masak air kicap hasil perapan ayam tadi sehingga mendidih.
Sup
Air rebusan ayam
Rempah sup
Daun sup (dihiris)
Garam
- Didihkan air rebusan ayam, masukkan rempah sup, daun sup dan garam secukup rasa.
Sayur
Boleh dihidang bersama tomato, timun dan daud salad.
Siap. Selamat mencuba.

Comments

Popular Posts