Petua mengekalkan Kesetiaan Suami
Hidup berumahtangga banyak cabarannya.Mudah dilanda dugaan yang kadang-kadang tak terfikir oleh dek fikiran kita.
Ada 9 petua untuk memastikan si suami kekal setia kepada isterinya yang sedia ada.
1.Elakkan keluar dari rumah tanpa kebenaran
Si isteri jika nak keluar rumah memang wajib minta kebenaran dari si suami.Nampak remeh namun impaknya sangat besar.Dunia di luar rumah banyak pancaroba.Perlu diingatkan bahawa Si suami amat menyukai isteri jika berada di rumah sebagai teman kepada dirinya dan anak-anak.
2.Jangan mencurigai pasangan
Daripada mencurigai si suami alangkah baik jika berdoa supaya Allah SWT bagi petunjuk kepada kita untuk terus hidup bahagia.Sikap mencurigai suami menyebabkan rasa kurang senang dan merimaskan.
3.Tidak cemburu buta
Orang kata cemburu itu tanda sayang.Namun terlampau cemburu mengundang padah.Si suami akan rasa kurang selesa kerana dok perhati macam CCTV.Periksa sana-sini dan siasatan seperti seorang jenayah.Suami mana yang boleh tahan dengan keadaan ini.
4.Berlemah-lembut
Walaupun secara azalinya seorang wanita dilahirkan penuh kelembutan tidak dinafikan ada juga isteri si penengking suami.Hanya suami yang sabar sahaja tahan hidup bersama isteri yang bersuara tinggi.Jadi alangkah eloknya jika isteri sentiasa berlemah lembut dengan suami sebagai mana adab kita dengan ibubapa.
5.Tidak mengungkit
Si isteri yang suka mengungkit kepada suami hal-hal kebajikan atau pertolongannya dahulu sebenarnya mengundang perasaan kurang senang si suami.Dalam Islam dilarang mengungkit kerana perbuatan ini boleh melupuskan pahala.Bantu biarlah ikhlas.Kalau tak sudi lebih baik jangan.
6.Hormat menghormati
Dalam hidup ini sifat hormat perlu diwujudkan dalam diri kepada semua orang.Lebih-lebih lagi kepada suami jika anda seorang isteri.Memang amalan murni begini bukan mudah untuk dipraktikan jika dalam diri ada perasaan angkuh dan sombong.Tak kiralah siapa.
7.Penampilan diri
Lelaki suka melihat kecantikan manakala wanita ingin memperlihatkan kecantikan.Dalam rumahtangga si isteri wajib menawan suami dengan aset kecantikan yang sedia ada.Cantik bukan sekadar paras rupa tetapi akhlak.Kalau dua-dua ada lebih baik.
8.Manis dengan senyuman
Muka isteri yang kaya dengan senyuman pasti mengembirakan suami.Kalau dah gembira dan bahagia peluang suami untuk beralih arah semakin nipis.Kenyataan ini bukan bermaksud untuk menggalakkan suami cari lain jika isteri jarang tersenyum.
9.Selesaikan masalah secara bijak
Dalam banyak tip di atas perkara no.9 adalah paling penting sekali.Hidup tidak akan terlepas dari masalah.Begitu juga dalam alam rumahtangga.Si isteri atau si suami yang bijak selesaikan masalah boleh mempertahankan perkahwinan sepanjang hidup mereka.Untuk menjadi bijak ilmu perlu dicari dan diamalkan,
Sekilas pandang,
Panduan ini saya ubah suai dari sebuah buku yang terlaris dipasaran iaitu ‘Di Bawah Payung Aishah Tip-Tip Poligami’ tulisan Imran Yusuf.
Semoga mendapat manfaat yang berguna dalam melayari bahtera rumahtangga.Jangan sekali kita menambah bilangan punca kepada masalah sebagaimana dalam buku 99 Punca Perceraian Di Malaysia
Comments
Post a Comment