Resepi Nasi Hujan Panas
Jarang sekali saya kongsikan resepi masakan di dalam blog ini. Hari ni saya ingin kongsikan resepi nasi hujan panas yang pernah dimasak pada hari raya dan diberikan kepada keluarga saya dan mertua. Memang sangat mudah untuk menyediakan nasi ini dan ia sesuai dijadikan juadah istimewa untuk keluarga tersayang.
Nasi hujan panas ini boleh dimakan bersama ayam masak merah, daging masak kurma atau apa saja lauk yang bersesuaian. Semasa memasak pada hari raya, saya gunakan 1kg beras Basmathi, tengoklah sampai penuh rice cooker saya tu.
Nasi yang telah dititikkan dengan pewarna merah, kuning dan hijau.
Bahan-bahan (untuk 3 - 4 orang makan) :
3 cawan beras Basmathi3 cawan air3 sudu makan minyak sapi (boleh guna marjerin)2 sudu makan minyak masak2 helai daun pandan1/2 cawan susu cair1 batang kayu manis3 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga1 sudu teh pewarna merah, hijau & kuning3 labu bawang besar (dikisar)6 ulas bawang putih (dikisar)1 inci halia (dikisar)garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Cuci beras dan ditoskan.
2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi/marjerin.
3. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan beras, susu cair, air dan garam.
5. Apabila nasi kering, titikkan pewarna merah, hijau dan kuning di tempat berasingan.
6. Apabila nasi masak, gembur-gemburkan nasi itu.
Comments
Post a Comment