Tertib Makan Mengikut Sunnah ...
Assalamualaikum ...
Tengok jer imej kat tas tuh , dah buat mulut nih terliur. Apa tah lagi petang begini , perut memang lapar. Juadah makan malam pun tak masuk lagi.
Bila kita dah duduk di meja makan , memang banyak yang kita abaikan. Apa lagi kalau bukan tertib yang perlu kita lakukan sebelum menjamah hidangan. pun kekadang terlupa juga. Jom kita sama - sama amalkan tertib sunnah Rasulullah nih ...
1. Cuci Tangan
Kita kena pastikan tangan kita bebas daripada kuman dan bakteria. Maklumlah , kita kan guna tangan untuk pegang itu dan ini sepanjang hari. Jangan lupa baca doanya sekali yer.
2. Bacalah Bismillah .
Daripada Aisyah ra berkata ; Rasulullah SAW bersabda;
" Apabila seorang daripada kamu hendak makan , sebutlah nama Allah ( ' Bismillah ' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal ( mula makan ), maka sebutlah ' Bismillahi awwaluhu wa akhirahu ' "( HR Abu Dawud dan At Tirmidzi )
3. Baca Doa Makan.
Part nih yang orang selalu lupa. Bila hidangan dah ada kat depan mata , ngap jer kan. Heheheeee ...
4. Makan Guna 3 Jari.
Dari Ka ' ab bin Malik ra ; " Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan 3 jari ... ( ibu jari , jari telunjuk dan jari tengah ) ."( Riwayat HR Muslim )
5. Jamah Secubit Garam Sebelum Makan .
Rasulullah makan secubit garam sebelum makan untuk menghalang 70 jenis penyakit .
6. Mula Makan Daripada Bahagian Tepi Pinggan.
Dari Ibn Abbas ra , Nabi SAW bersabda ;
" Keberkatan terdapat di tengah - tengah makanan , maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah "( Hadi Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi )
7. Ambil Makanan Yang Berhampiran Anda .
Dari Umar bin Abi Salamah ra berkata ;
Aku merupakan hamba di rumah Rasulullah SAW dan pernah tanganku menjalar - jalar ke serata hidangan ( ketika hendak makan ) .
Maka Rasulullah SAW berkata ;
" Wahai budak , ucapkanlah ' Bismillah ' , makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu . "( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
8. Kutip Makanan Yang Terjatuh / Habiskan Semua Makanan Yang Ada Dalam Pinggan .
Kita digalakkan menghabiskan makanan yang ada di dalam pinggan. Ditakuti mungkin pada makanan yang berbaki itulah terletaknya keberkatan rezeki kita. Hah , kan dah rugi kalau kita tak makannya ! Makanan adalah nikmat Allah yang patut dimuliakan dan ia juga turut berzikir pada Allah SWT.
Dari Jabir ra , Sabda Rasulullah SAW ;
" Apabila jatuh sebahagian ( kecil ) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan ,dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya , bahagian mana yang terdapat keberkatan . "( Hadis Riwayat Muslim )
Berkata Imam Nawawi , tentang makna kalimat
" Pada makanannya yang mana yang diberkahi. " Ia berkata ; Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat . "( Fathul Bari 9/578 )
9. Jilat Jari Bila Dah Selesai Makan .
Kenapa kita perlu menjilat jari selepas makan? Saintis telah menemui enzim (bahan pencerna makanan yang menghadamkan makanan) banyak terkandung di celah - celah jari kita malah 10 kali ganda lebih banyak daripada yang ada dalam air liur kita.
Dari Ibn Abbas ra berkata , Rasulullah SAW bersabda;
" Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari - jari sehinga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain) . "( Hadis Riwayat Muslim )
10 . Jamah Secubit Garam Selepas Makan.
Secolek menggunakan jari manis tangan kanan , letakkan di lidah.
Ada juga hadis yang mengatakan ;
"Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit yang paling kurang ialah gila , kusta ,sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja."
11. Doa Selepas Makan.
Selepas selesai makan , ucaplah 'Alhamdulillah' kepada tuhan yang telah memurahkan rezekinya kepada kita.
Dari Abi Umamah ra ;
" Adalah Rasulullha SAW apabila selesai makan menyebut, ' Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih , ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in' . ' Wa la mustaghnan 'anhu rabbana , "( Hadis Riwayat Bukhari )
Dari Muad Anas ra berkata , Rasulullah SAW bersabda ;
" Sesiapa yang selesai makan , kemudian menyebut, ' Alhamdulillah - illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa - dosanya yang telah lalu . "( Hadis Riwayat Tirmidzi )
12. Membersihkan Mulut dan Bersugi .
Rasulullah SAW menyarankan supaya memberus gigi setiap kali selepas makan untuk menunaikan solat. Rasulullah SAW amat tidak menyukai orang yang tidak bersugi setiap hari. Membersihkan mulut , lidah dan gigi adalah sunat muakad .
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ;
" Andainya tidak menyusahkan umatku , nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali mendirikan solat . "
13. Tidur Sebentar ( Qialullah )
Rasulullah SAW akan tidur sebentar dengan kadar masanya 10 hingga 30 minit selepas makan tengahari iaitu setelah berzikir beberapa ketika. Jangan terus tidur selepas makan , ia akan menyebabkan sembelit. Tidurlah sebelum masuknya waktu Asar.
Tertib makan cara Rasulullah adalah yang terbaik. Dah tentu banyak beri manfaat kepada kesihatan dan hidup kita. Menghidupkan sunnah itu sunat dan mendapat pahala.
Nota ; Rasulullah SAW minum satu jam sebelum / selepas makan .
Comments
Post a Comment