Kemas Kini Windows 10 Percuma Walaupun Anda Pengguna Versi Cetak Rompak
Apakah logik di sebalik tindakan Microsoft ini? Pertama sekali ia mengurangkan fragmentasi di kalangan pengguna. Strategi ini sama seperti strategi sistem operasi peranti pintar yang memberikan kemas kini terbaru tanpa sebarang bayaran. Dengan penggunaan satu sistem operasi secara menyeluruh ianya juga menjimatkan kerja yang perlu dilakukan oleh Microsoft untuk memperbaiki kerentanan pada sistem operasi pelbagai versi. Ianya juga berharap dapat memastikan pengguna di sektor korporat untuk dapat mengemaskini kesemua komputer Windows mereka kepada versi lebih selamat tanpa perlu memikirkan kos.
Comments
Post a Comment