Anda Kena Atau Tidak
Jika anda seorang usahawan, adakah anda perlu mendaftar untuk GST/CBP Malaysia atau tidak? Hn akan terangkan secara ringkas tentang GST Malaysia yang bakal dijalankan pada tahun hadapan.
GST/CBP Malaysia
GST (Goods and Services Tax) atau CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) adalah adalah cukai yang dikenakan kepada perniagaan yang menjual barang dan perkhidmatan di Malaysia.
Tapi tak semua usahawan atau peniagan dikenakan GST Malaysia ataupun CBP Malaysia ni. Ada syarat dan kondisi dia.. so baca dulu syarat basic dan penting dia dulu.
Syarat Utama GST/CBP Malaysia
Korang perlu berdaftar untuk GST/CBP Malaysia jika jualan anda melebihi RM500k. So kalau kurang macam Hn ni, kita selamat… horeyyy!!!
Boleh rujuk sendiri maklumat rasmi ni kat Panduan Pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan. Ingat.. korang boleh daftar secara sukarela kalau nak.. maklumlah berbakti kepada negara.. hehe..
Jualan Melebihi RM500k setahun dan perlu mendaftar GST Malaysia
Ok ini cerita kalau orang yang jualan dah lebih RM500k. Awal-awal Hn nak ucap tahniah kerana korang usahawan/peniaga yang stylo. So, nak tak nak kene daftar GST Malaysia atau CBP Malaysia ni.
Korang boleh daftar terus di Website Rasmi GST. Agak leceh sikit nak daftar GST ni.. Hn ada try isi form tapi tak hantar lah.. hehe..
Hn harap artikel ringkas ni dapat merungkai persoalan GST Malaysia yang selalu peniaga online dok runsing. Hn menjemput korang untuk share artikel ni kat kengkawan yang masih blur atau takut kene daftar GST ni sebab bulan 12 ni last rasanya. Selamat berniaga!!
Comments
Post a Comment