7 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Result SPM Yang Gempak
Kami yakin para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk SPM semalam pasti sedang tersenyum riang. Malah mungkin ada yang tak tidur malam dan tak mandi, excited punya pasal.
Namun berbeza pula buat mereka yang gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Iyalah result tak okay, nak sambung belajar macam mana? Nak cari kerja pun susah kan? Jangan risau sebab SPM bukan pengakhiran hidup, banyak lagi jalan lain.
Berikut 7 pekerjaan gaji tinggi yang tak memerlukan result SPM yang gempak. Kalau ada adik, anak saudara, kawan yang tengah down tu suruh mereka baca artikel ini, insyallah terbuka hati.
1. Operator Pelantar Minyak
Kerja di pelantar minyak sememangnya mampu memberi pulangan yang lumayan hatta sebagai seorang pekerja bawahan sekalipun. Iyalah kalau jadi operator paling bawah pun dah dapat gaji 3 ke 4 ribu memang berbaloi la tu. Kami rasa apa-apa pekerjaan yang berkaitan dengan minyak semuanya gaji mahal, kecuali Amran Fans la.
2. Artis
Percayakah anda ramai artis tak mempunyai keputusan SPM yang gempak namun mampu mencapai pendapatan yang lumayan setiap bulan? Malah ada yang tak menduduki SPM. Kalau job banyak, setakat belas-belas ribu tu dalam tangan je. Tapi bakat kena ada lah, takat jual rupa je pun tak guna juga. (Gambar sekadar hiasan)
3. Pemain Bola Sepak
Tahu gaji Mat Yo sebulan berapa masa dekat JDT dulu? Tahu gaji Khairul Fahmi dekat Kelantan? Apa yang kami boleh cakap, puluhan ribu sebulan! Jadi yang mana kaki bangku tu boleh lah berjinak-jinak dengan bola sepak, silap hari bulan boleh beristerikan seorang artis.
4. Petik Anggur Di Australia
Yup! Petik anggur, strawberry, epal dan beberapa buah-buahan lain di Australia. Berdasarkan pemerhatian kami, iklan kerja petik anggur ini bersepah di internet. Kami sempat kira-kira gaji yang ditawarkan, lebih kurang RM5000 sebulan. Sambil kerja sambil melancong.
5. Agen Insurans
Walaupun result SPM korang tak gempak, tak apa boleh cuba jadi agen insurans. Syarat untuk bergelar agen insurans ialah lulus ujian tertentu yang telah ditetapkan. Terbukti ramai yang mampu pendapatan lumayan dengan menjual insurans, tapi hati kena kental lah.
6. Kerja di Singapura
Kalau korang jenis yang suka beli surat khabar untuk ushar kerja kosong dekat bahagian tengah tu, korang boleh tengok lambakan iklan jawatan kosong dengan pendapatan yang lumayan di Singapura. Gaji dalam dollar Singapura kot, cleaner pun boleh dapat sampai RM4500.
7. Petik Kelapa
Macam tak percaya kan petik kelapa boleh dapat gaji tinggi? Tapi berdasarkan iklan ni korang kena percaya.
Untuk yang masih down tu, meh baca pula kata-kata semangat daripada Fizo Omar ini. See dia pun result SPM tak gempak tapi muka macho, berbakat dalam lakonan dan kahwin model tudung.
Dah nampak dah macam mana nak survive kalau result SPM tak gempak? Haha
Comments
Post a Comment