Dot ML platform bantu PKS tempatan
PETALING JAYA 16 Feb. - Pendaftar laman web yang berakhir dengan .ml, Dot ML bercadang mengkomersialkan penggunaan .ml dalam kalangan perusahaan kecil sederhana (PKS) tmpatan bermula tahun ini bagi membantu menaik taraf perancangan dan operasi perniagaan dengan lebih sistematik.
Ketua Pegawai Operasi Dot ML, Jeremie Godreche berkata, penggunaan pendaftar berkenaan merupakan inisiatif yang dibangunkan bagi memudahkan sektor PKS untuk menjadikan Internet sebagai salah satu cabang komunikasi dan pengendalian operasi dengan percuma atau pendaftar premium dengan harga yang murah.
Katanya, sebilangan besar PKS masih lagi tidak mempunyai pendaftar laman web yang dapat memberi imej yang baik kepada perniagaan mereka, sekali gus menjadikan segmen pemasaran perniagaan tidak dapat mencapai objektif bagi perolehan dan syarikat.
“Buat masa ini, kebanyakan perniagaan masih lagi menggunakan akaun emel seperti Hotmail atau Yahoo! sebagai medium komunikasi korporat ataupun semasa menjalankan urusan perniagaan.
“Kita menjangkakan usahawan daripada sektor PKS akan menjadikan pendaftar laman web ini sebagai langkah utama dalam operasi pemasaran mereka kerana lebih mudah dan senang untuk didaftarkan dan digunakan,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran .ml di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Dot ML, Joost Zuurbier dan Pengarah Pendaftaran Dot ML Bahagian Mali, Hawa Diakite.
Jelas Godreche, pihaknya kini turut menjalankan pelbagai aktiviti promosi dan kesedaran awam terhadap kepentingan dan keupayaan menggunakan .ml.
“Buat masa ini, kita mempunyai sebanyak 350,000 pendaftar laman web yang berakhir dengan .ml daripada 30 juta pendaftar di seluruh dunia dan bagi Malaysia kami menyasarkan sebanyak dua hingga tiga juta pendaftar baharu kerana kepadatan jumlah pengguna Internet yang tinggi di negara ini,” katanya.
Tambahnya, Malaysia merupakan negara ASEAN pertama yang menggunakan pendaftar .ml dan dijangkakan akan memperkenalkannya di Manila, Filipina pada tahun hadapan.

Comments
Post a Comment