Seni figura tubuh wanita

IA adalah pengalaman kali pertama penulis menyaksikan lukisan separa bogel.
Dibarisi sekumpulan artis daripada F Klub yang mem­fokuskan seni figura yang mengangkat tubuh manusia dan anatomi sebagai subjek utama dalam seni visual mereka.
Perjalanan kumpulan artis ini ke Bali, membawa pulang pelbagai pengalaman manis yang diterjemahkan ke kanvas.
Pameran bertajuk ‘Scent of Bali’ memenuhi cita rasa dan pandangan mereka mengenai salah satu negeri di Indonesia yang diketahui sebagai pusat budaya terkenal di dunia.
Foto
Justeru, mereka berpeluang menonjolkan potensi dengan menghasilkan seni figura yang segar dan asing di negara orang.
Foto
CUBA menghasilkan ekspresi wanita.
Tidak hanya meleng­kapkan diri dengan pe­ngalaman baru - suasana artistik, budaya dan kerohanian masyarakat, turut melahirkan pendekatan baru berkarya mengenai figura. Marvin Chan, Kow Leong Kiang, Chong Ai Lei, Shia Yih Yiing, Gan Chin Lee, Chin Kong Yee dan Bayu Utomo Radjikin mempunyai visi tersendiri dalam setiap lukisan mereka.
Menurut Marvin, pemilihan Bali di dalam kanvas adalah mempamerkan senario wanita dan lelaki zaman dulu yang kebanyakannya berpakaian daripada pinggang dan ke bawah.
“Wanita ini digambarkan tanpa pakaian sebagai mengingati cara hidup mereka dulu selain mempamerkan kesopanan dan hormat menghormati sesama mereka meskipun di dalam situasi demikian. Setiap karya dilukis secara hidup mengikut keadaan sebenar model yang berada di hadapan pelukis,” katanya.
Kebanyakan pelukis yang mengembara hanya menggunakan pensel, cat air, akrilik, arang dan cat minyak kering bagi memudahkan perjalanan dan mengurangkan peralatan manakala ia dilukis di atas kanvas, kertas warna dan papan lapis.
“Tempat yang berbeza mampu melahirkan nilai sensitiviti terhadap keadaan sekeliling seperti masa, iklim, makanan dan kerohanian yang boleh mempe­ngaruhi hasil lukisan. Oleh itu, pengembaraan ke Bali tidak difokus kepada model saja tetapi semangat dalam menghasilkan lukisan,” katanya.
Hubungi 03-7880 0991/7880 0313 atau layari www.g13gallery.com jika mahu menyaksikan pameran ini.

Comments

Popular Posts