Cara Menganyam Ketupat Bawang

MENGANYAM sarung ketupat nasi sama ada sate, bawang ataupun ketupat pasar bukannya sukar. Kemahiran asas perlu dipelajari ialah pemerhatian dan minat yang mendalam. Bagi anak muda, sukar untuk mempelajari cara menganyam ketupat kerana bagi mereka ia sangat rumit dan mengelirukan.

Buat pun setahun sekali dan mungkin ada yang lupa langkahnya.Mulakan dengan membelah dua kepingan daun pucuk kelapa muda dari lidinya dan letakkan permukaan licin pada bahagian luar. Ikuti langkah seterusnya di bawah. Salam Aidilfitri.

Langkah membuat ketupat bawang (teknik dari kanan ke kiri)

  1. Lilit tiga kali kedua-dua helai daun kelapa muda itu di jari kiri (pangkal menghala ke bawah) dan kanan (menghala ke atas) seperti dalam gambar.
  2. Daun kanan pada lilitan pertama ditindih di atas daun kiri (mula dengan atas, kemudian bawah dan atas) secara bersilang. Daun kedua sebelah kanan dimasuk sebelah bawah ke kiri begitu juga yang ketiga sebelah atas ke kiri.
  3. Kemaskan teknik bersilang itu hingga menjadi seperti rangka seekor ikan. (sirip ikan atas dan bawah serta ekor yang panjang di belakang).
  4. Silangkan ekor daun dari kanan ke kiri secara bersilang (ekor daun mesti sebelah kanan) hingga ke mulut 'ikan'.
  5. Satu lagi ekor daun dibuat teknik sama dari kanan ke kiri hingga ke mulut 'ikan'.
  6. Wajah daun ketupat akan nampak seakan bentuk muka makhluk asing (dua telinga terkeluar serta berjanggut).
  7. 'Telinga' ketupat sebelah kanan dimasuk secara bersilang antara dua petak dari kanan ke kiri. Begitu juga 'telinga' ketupat sebelah kiri. Tarik dengan kemas lebihan daun atau daun kembung pada bahagian tengah ketupat.
  8. Ketupat yang sudah siap dianyam.

Comments

Popular Posts