Beritahu Siang-siang

Marsya baru berumur lima tahun. Dia memang pintar bercakap. Suatu hari dia telah mengikuti ibunya ke sebuah kedai. Ibunya mahu membeli barang-barang keperluan di dapur.

Ibu : Encik, saya nak susu dua tin, beras 3 kilogram, garam sekotak dan gula 2 kilogram.

Encik : Susu yang ini boleh? (sambil menunjukkan susu cap teko)

Ibu : Bolehlah.

Encik : Ada apa-apa lagi yang awak nak?

Ibu : Tidak.

Setelah membayar harga barang-barang itu, ibu teringat akan beberapa barang yang perlu dibelinya. Dia pun memesan barang-barang itu kepada penjual tadi.

Penjual : Kenapa awak tidak beritahu saya siang-siang? (Dia kelihatan marah)

Ibu tidak menjawab. Marsya yang dari awal tadi hanya memerhatikan gelagat ibu dan penjual itu, tiba-tiba bersuara.

Marsya : Pak cik! Ibu telah beritahu siang-siang bukan malam-malam. Kalau beritahu malam-malam tentu kedai pak cik dah tutup

Penjual: ????

Comments

Popular Posts