Biskut Dahlia
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung kastard - diayak
1 1/2 cawan tepung jagung - diayak
1/2 cawan tepung gandum - diayak
3/4 cawan gula halus - tak manis sangat
1/2 cawan mentega
3 biji kuning telur
Cara Penyediaan:
1. pukul mentega dan gula halus.
2. masukkan kuning telur. kacau sehingga sebati.
3. masukkan semua tepung yang telah diayak sedikit-sedikit dan ulikan.
4. masukkan dalam acuan dan picit ke dalam dulang.
5. bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celsius selama 10 minit
*saya bahagi kepada 2 bahagian. satu bahagian saya letak pewarna pink. dalam acuan masukkan sedikit bahagian pink dan sedikit yang asli.
Oleh:Norini Latif
Comments
Post a Comment