Sate Kajang (Asli)
sate kajang memang terkenal satu malaysia,lebih-lebih lagi sate kajang haji samuri tapi saya taklah nak kongsi resepi hj samuri sebab resepi tu cuma beliau je yang tau. saya nak kongsi resipi sate kajang asli yang boleh tahan sedap nya. meh kita tengok.mesti cuba..
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam-buang kulit dan potong kecil ikut saiz yang anda suka
- 400gm bawang merah-dikisar@diblender
- 250gm halia-dikisar@diblender
- 5 batang serai-dikisar@diblender
- 250gm lengkuas-dikisar@diblender
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk jintan putih
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 4-5 sudu besar gula
- garam-secukup rasa
Cara-cara
- gaulkan ayam dengan semua bahan
- perap ayam semalaman(dibekas yang bertutup,simpan dalam peti sejuk pun boleh)
- lepas perap bolehlah bakar(bakar dengan arang)
Teknik membakar
- bakar arang-hingga semua arang terbakar dan xde api yang marak
- bakar sehingga masak
- kawal api menggunakan kipas supaya arang sentiasa membara
- sapu dengan minyak supaya kelihatan berkilat dan wangi(guna serai untuk sapu sebab kalau guna berus takut berus cair)
- bila dah warna keperangan atau keemasan tu kira dah masaklah
- siap dihidangkan(hias mengikut cita rasa anda)
sedap dimakan dengan nasi himpit dan kuah kacang,untuk resepi kuah kacang boleh tengok di sini.
Senang dan mudahkan??
Comments
Post a Comment