Mengapa kulit kusam berlaku?


Menjelaskan punca utama mengapa kulit kusam berlaku
Kulit kusam ni terjadi akibat kehadiran sel kulit mati. Kulit kita sebenarnya berganti pada setiap 28 hari atau tiga minggu. Sel kulit mati ni terjadi apabila tubuh kekurangan protein untuk menyingkirkan sel mati tersebut.Bila itu terjadi, semakin lama sel mati semakin tebal dan menyebabkan wajah nampak gelap dan berminyak. Ini dia punca kulit kelihatan kusam dan tak bermaya.
Inilah punca – punca yang menyebabkan sel mati atau senang kata kulit kusam :-

1. Stress

Stress adalah salah satu gangguan psikologi yang sering menyerang siapa saja. Stress juga merupakan musuh besar dan dapat mempengaruhi penampilan baik secara fizikal mahupun mental. Stress menyebabkan kelenjar dalam tubuh yang mengawal emosi akan meningkat sehingga berpengaruh pada wajah mudah berjerawat, psoriasis (sejenis penyakit dimana kulit mengalami proses pergantian terlalu cepat), eczema (eksim), gatal-gatal juga bintik-bintik merah yang seterusnya menyebabkan wajah kusam.

2. Diet yang tidak sehat dan kurang teratur

Jika program diet yang diterapkan dan dijalankan tidak teratur, tidak sehat dan tidak seimbang, tubuh akan kekurangan bekalan tenaga dan nutrisi yang penting bagi tubuh maupun wajah itu sendiri. Ada pula yang menjalankan program diet secara ketat, tubuh akan kekurangan asid lemak yang baik sehingga membuat kulit kehilangan kesegarannya. Bagi mereka yang mengalami masalah pemakanan atau eating disorder seperti anorexia atau bulimia akan kekurangan protein dan vitamin sehingga menyebabkan kulit menjadi kering dan mudah terkelupas.

3. Kesan sinar UV

Seharian bekerja diluar atau ruangan terbuka akan mempercepat perubahan pigmentasi kulit dan penuaan kulit, kemudian pada kulit wajah akan timbul titik atau noda hitam/coklat.

4. Kurang rehat dan pola tidur tidak teratur.

Kurangnya waktu rehat dan tidur yang tidak teratur juga dapat mempengaruhi wajah terlihat lebih tegang dan wajah terlihat seperti tidak bersemangat dan kuyu. Kulit wajah memerlukan waktu rehat yang cukup untuk proses penggantian sel-sel kulit yang baru. Waktu tidur yang baik adalah dalam lingkungan 6-7 jam.

5. Suka minum alkohol

Minuman beralkohol akan membuat kulit kekurangan cairan, terlihat lebih kering dan cepat berkedut.

6. Tidur yang cukup dan lena

Kekurangan waktu tidur akan membuat tubuh menghasilkan hormon stress. Hormon stress yang terhasilkan akan menjadi penyebab munculnya jerawat, lingkaran hitam di sekitar bawah mata, membuat warna kulit terlihat lebih kusam, dan membengkak serta tubuh terasa kurang darah.

7. Merokok

Hormon estrogen pada wanita tidak mampu mengikat secara baik kesan dari kandungan rokok yang dihisap. Sebuah kajian menyatakan bahawa wanita yang merokok akan kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding usia sebenarnya. Rokok akan mengikat bakteria baik, darah merah dan yang lain-lain zat yang terkandung di dalam perut. Selain itu rokok juga akan menjadikan kulit wajah kelihatan lebih kusam dan kotor, sehingga meninggalkan wajah dengan banyak flek atau noda hitam seperti jeragat.

8. Pola makan yang tidak teratur dan seimbang

Pemakanan yang sihat dan seimbang amat penting untuk kesihatan terutamanya kulit kita. Makanan yang lebih gula atau garam akan membuatkan kulit muka kusam dan tidak sihat.

9. Berat badan yang mudah naik turun

Perubahan mendadak pada kenaikan dan penurunan berat badan juga mengganggu kesihatan kulit. Perubahan berat badan menyebabkan kulit mudah kusam, berkedut dan kelihatan tua.

10. Efek samping negatif dari penggunaan kosmetik.

Penggunaan bahan kosmetik yang bukan dari sumber semulajadi hanya membahayakan kulit. Kandungan kimia dari kosmetik secara perlahan akan memberikan kesan negative kepada pengguna. Jadi amat penting untuk memilih kosmetik yang berunsurkan semulajadi.
Sel mati atau kulit kusam ini juga akan menyebabkan masalah kulit yang lain seperti:-
– Jerawat
– Warna kulit tak sekata
– Jeragat
– Bintik – bintik hitam
– Bintik – bintik putih
Dalam artikel lain, kita akan perjelaskan bagaimana kita boleh mengatasi masalah kulit kusam secara umumnya atau wajah kusam secara khususnya.

Comments

Popular Posts