Putrajaya Lighting Festival


Putrajaya Lighting Festival
Putrajaya bakal diserikan dengan penganjuran ‘Putrajaya Lighting Festival 2013’ oleh Perbadanan Putrajaya yang bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, pada 31 Disember2013 bermula jam 7 petang sehingga 1 pagi bersempena malam Ambang Tahun Baru 2014, yang akan menampilkan kesenian pencahayaan yang julung kali diadakan di Malaysia. Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah penataan cahaya pada fasad bangunan dan pencahayaan lanskap serta paparan daya kreativiti yang bakal merungkai dunia pencahayaan yang lebih luas. Pada malam itu, paparan dan taman Interaktif Digital dijangka bakal menjadi tarikan utama pengunjung di samping persembahan-persembahan santai oleh pemuzik dan pencahayaan struktur-struktur yang akan turut menceriakan suasana. 

Acara ini merupakan pengenalan kepada acara yang akan berlangsung pada tahun 2014 yang menyaksikan pelbagai aktiviti kreatif pencahayaan yang akan memberi persepsi baru selain penggunaan teknologi-teknologi terkini dalam dunia pencahayaan. Selain itu, pengunjung juga akan disajikan dengan pertandingan-pertandingan menarik yang disediakan sepanjang acara.

Nyata usaha ini bakal merangsang nilai pelancongan dan ekonomi Putrajaya selain membuka peluang penyertaan kepada pihak-pihak swasta dalam mempromosi produk-produk di samping menyokong usaha memperkenalkan perspektif baru dunia pencahayaan.

Date: 31 December 2013 - 01 January 2014
Time: 7:00 PM - 1:00 AM
Venue: Kompleks Perbadanan Putrajaya

Comments

Popular Posts