Pengurangan Subsidi... Penjimatan atau Penambahan
Hampir setiap hari kita propaganda tersiar di media media arus perdana... semuanya tentang subsidi, GST dan bermacam-macam lagi agenda kerajaan pimpinan Perdana Menteri demi memomokkan atau seolah menegakkan benang yang basah.
Kerajaan melalu agensi propaganda utamanya Jabatan Penyiaran atau lebih dikenali sebagai RTM dan juga media-media cetak, elektronik yang lain sentiasa menyatakan bahawa pengurangan subsidi adalah untuk meningkatkan pendapatan negara. Adakah ianya tepat? Mari kita renungkan sejenak, fikirkan sedalam-dalamnya.
Apa itu pendapatan? Pendapatan adalah sesuatu yang diperolehi samada bentuk tunai mahukan meterial yang lain.
Subsidi pula merupakan suatu bahagian yang dibiayai untuk sesuatu perkara bagi mengurangkan angka yang perlu dibayar oleh pengguna (biasanya yang dibawah takluk kekuasaan sesebuah organisasi, persatuan atau negara).
Bagaimana pengurangan subsidi boleh meningkatkan pendapatan negara sedangkan ianya adalah pengurangan perbelanjaan negara. Nampaknya ianya adalah sesuatu yang cuba ditegakkan oleh pemimpin negara ini.
Anda boleh nilai sendiri, akan perkara ini. Bayangkan berapa banyak yang boleh dijimatkan sekiranya pemimpin negara mengembalikan beberapa kemudahan dan elaun kepada kerajaan. Seperti elaun keraian dan sebagainya. Dihitung dan di congak, semestinya ia menghampiri nilai subsidi yang dikurangkan itu.
Comments
Post a Comment