PMR Terakhir
19 Disember 2013 merupakan detik yang dinanti-nantikan oleh calon yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). PMR 2013 juga merupakan PMR terakhir yang diguna pakai sebelum sistem baharu dimulakan.
Bersedih cita dan melonjak kegembiraan
Biar apa pun keputusannya, usahlah calon bersedih cita terutama yang gagal. Sebaliknya, yang berjaya pastilah melonjak kegembiraan. Bagaimanapun, keputusan itu esok tidak bermakna yang gagal akan terus gagal mencatur kegemilangan pada masa hadapan. Masih belum terlambat untuk membuktikan sesuatu dalam Sijil Penilaian Menengah (SPM) nanti.
Semangat juang yang ada
Sesungguhnya, saya bukanlah pelajar yang cemerlang sangat. Dan tidak pula memperoleh keputusan penuh A dalam mata pelajaran yang diambil, baik dalam UPSR, PMR, SPM mahupun STPM. Namun begitu, semangat juang yang ada, saya berjaya juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Universiti. Sekali lagi saya tegaskan, keputusan PMR 2013 bukan penentu segala-galanya. Oleh itu, dakilah tangga kejayaan dengan usaha yang jitu.
Semakan keputusan
Ada sesetengah calon akan membuat semakan keputusan melalui SMS. Ada juga yang akan mengambil keputusan di sekolah. Pastilah senario ini amat berbeza. Kepada yang akan membuat semakan melalui SMS terlebih dahulu, bolehlah mengikut panduan ini.
Taip PMR (No.KP) (ANGKA GILIRAN) dan SMS ke 15888
Anda juga boleh menyemak keputusan secara online di http://lp.moe.gov.my/semakan/
Comments
Post a Comment