REMAJA

APA ITU REMAJA
Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.
PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN
Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.
Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara sesaorang individu dengan individu yang lain.
PERUBAHAN FIZIKAL
PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH
REMAJA PEREMPUAN
Buah dada (payudara) mula membesar.
Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari.
Punggung melebar menunjukkan ciri--ciri kewanitaan.
Jerawat mula tumbuh.
Mula didatangi haid
Suara munkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH
REMAJA LELAKI
Suara menjadi garau.
misai dan janggut mula tumbuh.
Bahu dan dada menjadi bidang.
jerawat mula tumbuh.
Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akhil baligh.
zakar dan buah zakar mula membesar.
ORGAN REPRODUKTIF REMAJA PEREMPUAN

Tahukah anda, semenjak lahir sesaorang bayi perempuan mempunyai 4000,000 ova (sel telur). Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga 400 ova sahaja akan matang dan boleh disenyawakan sepanjang hayat seorang wanita.
ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI

KITARAN HAID
HAID MENUNJUKKAN ORGAN REPRODUKTIF SEORANG GADIS TELAH MULA BERFUNGSI
  1. Hari pertama kedatangan haid . Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara seorang gadis ke seorang yang lain.
  2. Pada masa yang sama, ova menjadi matang di dalam ovari.
  3. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.
  4. Ketika pertengahan kitaran haid, ova dibebaskan dari ovari. Ova akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ova tidak disenyawakan oleh sperrna, ova akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid.

HAID

Kebiasaannya seorang gadis akan mengalami haid setiap bulan sehingga dia mengalami putus haid(menopos), kecuali semasa mengandung. Bagaimanapun haid mungkin lewat atau tidak teratur dalam keadaan:
  • Gangguan emosi.
  • Tekanan dalam hidup.
BAGAIMANA MENJAGA KEBERSI HAN SEMASA HAID
Kebersihan peribadi semasa haid adalah amat penting. Semasa kedatangan haid seorang gadis itu perlu.
Mengunakan tuala wanita semasa haid. Tuala wanita perlu di tukar selalu. (jangan buant tuala wanita merata-rata). Bungkus dan buang kedalam tong sampah.
Membasuh kemaluan menggunakan sabun dan air.
Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.
SEGUNGGUT
Senggugut ialah pengecutan dinding rahim yang kuat semasa hari pertama kedatangan haid setiap bulan. Ia akan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut dan belakang. Semasa mengalami senggugut seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah.
Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Senggugut ?
Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berbaring.
Sekiranya tidak-dapat menahan sakit, dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat dengan anda.
DARA
Dara adalah istilah yang digunakan untuk remaja lelaki dan perempuan yang belum pernah mengalami perhubungan seks (persetubuhan).
Bagi remaja perempuan, dara dikaitkan dengan selaput dara. Seorang gadis itu dikatakan hilang dara sekiranya selaput dara gadis koyak akibat dari persetubuhan.
Namunbegitu selaput dara juga boleh koyak akibat dari senaman lasak dan kemalangan. Jika ini berlaku, gadis itu tetap lagi dikatakan dara.
PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI
Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran.
Tetapi, perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak Menghancurkan masa depan remaja.
PERUBAHAN-PERUBAHAN LAIN:
Perubahan- perubahan lain yang tidak kurang penting adalah:.
Perasaan ingin mencari identiti diri
Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri
Ingin mencuba perkara-perkara yng tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Penerimaan rakan sebaya adalah penting.
Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya cuba meracuni golongan remaja.
Bimbingan keluarga, pelajaran dan ugama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.
SOKONGAN SOSIAL
Dalam melalui saat-saat manis alam remaia, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan:
  • Ibubapa.
  • Rakan sebaya: Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.
  • Guru/ orang dewasa yang boleh dipercayai.
  • Sertailah program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat di pesekitaran anda
TIDUR SECUKUPNYA
Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perlu berehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
MENJAGA KEBERSIHAN DIRI Semasa membesar, anda akan lebih kerap berpeluh. Oleh itu anda perlu selalu mandi dan mencuci rambut.
PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Jika anda mahu kelihatan ceria, cergas dan cerdas anda perlu mengambil makanan yang seimbang. Nasi, mi, bijirin, sayur--sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan hasil tenusu serta kekacang. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam diet harian anda.
BERSENAM SECARA TETAP
Senaman akan:
Menguatkan otot
Menjadikan remaja segar pada waktu siang.
Membantu remaja tidur lena di waktu malam.
ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA
lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.
Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan Kemahuan anda sendiri.
Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai......
Nilai yang ingin anda pilih
Memilih rakan sebaya
Arah masa depan anda
Cita-cita anda
Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa
HIASILAH DIRI ANDA DENGAN NILAI NILAI-MURNI
Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.
Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.
Amanah
Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.
Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
Menabung untuk masa depan anda.
ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKAN SEKIRANYA ANDA.
Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda
APAKAH ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI REMAJA YANG SIHAT
Cuba buat penilaian untuk diri anda sendiri mengikut senarai semak ini.
 
 
Jika jawapan anda 'YA' bagi semua soalan di atas, SYABAS! Anda adalah seorang remaja yang sihat. Sekiranya anda menjawab 'Tidak' bagi satu soalan atau lebih, anda perlu mengubah gaya hidup anda. Anda boleh meminta bantuan dari:-
  • lbubapa
  • Kaunselor
  • Guru
  • Doktor

Comments

Popular Posts