RANG UNDANG UNDANG KEBANKRAPAN (PINDAAN) 2016


Akhirnya RANG UNDANG UNDANG KEBANKRAPAN (PINDAAN) 2016 telah diluluskan Parlimen pada 29hb Mac 2017. Perkara ini telah saya sebutkan dahulu. Berikut adalah intipati daripada pindaan Rang Undang Undang tersebut:
  1.  Had KeBankrapan dinaikkan dari RM30,000 ke RM50,000
  2. Sebelum Mesyuarat Petisyen Pemiutang, Penghutang boleh memohon untuk memasuki progran Penyusunan Sukarela (Voluntary Arrangement – VA) atau Pelan Pembayaran Semula (Debt Repayment Plan – DRP) melalui Nominee berdaftar seperti Peguam, Juruaudit Berlesen dan Akauntan Berdaftar atau sesiapa yang dilantik oleh Jabatan Insolvensi.
  3. Penghutang boleh memohon ke Mahkamah melalui Notis Niat untuk memasuki VA dan Mahkamah akan keluarkan Perintah Interim (Interim Order) bagi tempoh 3 bulan untuk persetujuan pihak-pihak mengikat VA dan Perintah Interim ini mempunyai kesan moratorium iaitu tiada prosiding kebankrapan atau proses undang-undang boleh dimulakan atau diteruskan terhadap penghutang kecuali dengan kebenaran mahkamah
  4. Tiada lagi KeBankrapan bagi “Penjamin sosial” iaitu penjamin yang tidak mendapat apa apa faedah dari jaminannya seperti penjamin biasiswa, penjamin kereta dan rumah persendirian yang bukan suami/isteri peminjam iaitu dalam bahasa “kasar”nya penjamin “biawak hidup”. Bagi penjamin yang lain juga syarat untuk diBankrupkan ialah Bank mesti membuktikan bahawa segala usaha telah dibuat dari segi pelaksanaan undang undang untuk mengutip hutang dari peminjam dulu.
  5. Cara penyerahan Notis KeBankrapan adalah lebih ketat iaitu penyerahan kediri dan hanya boleh melalui penyampaian ganti jika penghutang dengan sengaja mengelak untuk menerima penyerahan tersebut.
  6. Pertimbangan untuk pelepasan siBankrap juga dipendekkan kepada 3 (TIGA) tahun dari 5 (LIMA) tahun atas budi bicara Pengarah Jabatan Insolvensi jika siBankrap telah melaporkan diri dan menyerahkan borang pendapatan dan perbelanjaan dan telah membayar jumlah yang telah dipersetujui dengan Jabatan Insolvensi secara bulanan sehingga mencapai “target” jumlah tersebut.
  7. Pelepasan juga akan diberikan kepada Bankrap yang sudah meninggal, yang disenaraikan sebagai OKU, Bankrap yang mengidap penyakit yang kritikal dan juga Penjamin Sosial
  8. Penjamin sosial boleh dibenarkan pelepasan daripada keBankrapan atas budi bicara Pengarah Jabatan Insolvensi
Ini yang kita tunggu tunggu setelah sekian lama. Walaubagaimanapun, penjamin sosial pun tidak terlepas dari tindakan pelaksanaan undang undang yang lain seperti WSS, Garnishee dan Saman Penghutang Penghakiman. Alhamdulillah. “Better Late Than Never” bak kata omputeh.
 
Yang nampak dalam surat khabar dan media cetak (sebab jarang baca kut) ialah Berita Harian dan New Straits Times. Yelah masa ni banyak isu isu “panas” yang perlu dilapurkan seprti cerita artis, result pertandingan program realiti dan cerita viral hantaran perkahwinan bla bla bla..
Tqs to: https://www.ceritahutangbankdananda.com

Comments

Popular Posts