Tetamu yang biadab

Pada petang Jumaat yang mulia ini sewaktu dalam perjalanan kembali ke tempat kerja setelah menunaikan tanggungjawab kepada Yang Maha Esa, Maha Pencipta yang menjadikan setiap sesuatu di dunia ini dari pada tiada kepada ada terdetik di fikiranku gelagat pemimpin-pemimpin organisasi di Malaysia ini. Ada sesetengahnya membuatkan aku gelak sendirian dan sesetengahnya membuatkanku mengeleng kepala memikirkan apakah kelayakan dan pencapaian mereka berada di tempat sedemikian. 
Pernah berlaku pada satu majlis dimana penganjur menjemputnya dan adalah sedikit makan-makan (biasalah tu kalau organisasi Kerajaan mesyuarat tak seberapa makan yang penting-tak sedarkah mereka bahawa tu semua duit rakyat) Mereka cuma ditugaskan menguruskan pentadbiran untuk rakyat bukannya bersenang dengan duit rakyat yang diperah keringat mereka sehingga kering. Setiap apa keputusan yang akan mereka ambil mestilah mendahulukan rakyat itu bermaksud sebarang profit dari keputusan yang dibuat perlulah memberikan manfaat kepada rakyat terlebih dahulu. Berbalik kepada kejadian yang berlaku, tetamu kehormat VVIP le sangat tu, satu pertanyaan yang ingin diutarakan di sini. Pernahkah anda mengadakan kenduri/majlis makan-makan dan menjemput tetamu-tetamu ke majlis anda tetiba ada seorang tetamu memohon supaya tuan rumah menyediakan menu sepertimana yang dikehendaki olehnya.. Tak logik bukan. Itulah tetamu yang biadab.

Comments

Popular Posts