Hentikan 15 Perkara ini, anda akan hidup lebih bahagia... Azizan Osman
1. Berhenti rasa diri kita selalu betul atau kita seorang sahaja yang betul dalam dunia ini.
Terdapat begitu ramai di antara kita yang selalu merasakan diri sentiasa betul! Kita tak sedar kadang-kadang, bila kita sentiasa diri kita sentiasa betul walaupun sebenarnya kita betul, tidak salah kita beri orang lain peluang mengutarakan pandangan mereka serta apa yang mereka rasa. Jika sentiasa nak betul, kita banyak melukakan hati orang lain dan memberikan banyak tekanan kepada diri sendiri. Silap-silap kita boleh memutuskan silaturahim. Setiap kali kita mula nak “menegakkan benang yang basah” dan merasakan diri kita betul dan orang lain salah, tanya diri soalan ini, “Adakah saya perlu sentiasa tegakkan yang kita mesti betul dan orang lain mesti salah? Apa kita dapat?
2. Berhenti bersikap sentiasa mahu mengawal keadaan apatah lagi jika sebenarnya ia sesuatu yang kita tidak mampu nak kawal.
Bukan semua benda kita mampu kawal atau mampu ubah. Untuk menjadi lebih bahagia, anda seharusnya perlu rela untuk melepaskan sikap suka mengawal keadaan yang terjadi di sekeliling anda. Juga sikap suka mengawal orang lain. Tak kisah sama ada mereka orang yang anda sayangi, rakan sepejabat, atau sesiapa sahaja yang anda temui, cuba biarkan dan benarkan mereka jadi diri mereka sendiri. Dengan membiarkan mereka jadi diri mereka sendiri dan membiarkan sesuatu berlaku dengan harmoni, anda akan rasa lebih baik.
3. Hentikan menyalahkan orang lain
Anda akan lebih gembira sekiranya anda bersikap tidak menyalahkan orang lain atas setiap apa yang tak miliki atau tidak capai. Berhentilah dari asyik membuang tenaga dengan menyalahkan orang lain dan mula bersikap bertanggungjawab atas diri sendiri. Keluarlah daripada "Blame Zone"- Zon Menyalahkan.
4. Hentikan menyalahkan diri sendiri
Berapa ramai yang membiarkan diri sendiri terluka akibat dari pemikiran mereka sendiri yang negative, pemikiran yang tercemar dan suka menyalahkan diris endiri? Jangan percayakan setiap benda yang dikatakan oleh minda anda, terutama perkara-perkara yang negative dan asyik menyalahkan diri sendiri. Anda adalah lebih bagus dari apa yang minda anda fikirkan. Bila sesuatu perkara yang anda mahu tidak anda capai, anda boleh kenalpasti apa yang anda telah capai dan apa yang anda belum capai serta berusaha memperbaikinya serta belajar daripadanya.
5. Hentikan melayan halangan dalam pemikiran anda.
Jangan layan halangan pemikiran anda yang selalu menyekat anda dari melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat. Pemikiran yang terhad selalu menghasut anda dengan perkara seperti apa yang boleh dan tak boleh, serta apa yang mustahil dan tidak mustahil. Bermula dari sekarang, anda tak akan membiarkan pemikiran anda menghadkan tindakan anda dan terus meletakkan anda dalam keadaan tertekan. Lebarkan sayap anda dan terbanglah!
6. Berhenti merungut!
Berapa ramai orang yang suka merungut tentang banyak perkara. Ada sahaja yang tak kena dan nak dirungutkan! Orang sekeliling, situasi sekitar, perkara-perkara yang tak membuatkan anda gembira, kesedihan dan kekecewaan. Tiada siapa yang boleh buatkan anda tak gembira, tiada situasi yang boleh buatkan anda sedih atau celaru melainkan anda yang benarkan ianya berlaku. Bukan situasi yang berlaku yang menyebabkan perasaan tersebut wujud dalam diri anda, tetapi bagaimana cara anda melihat sesuatu itu terjadi yang akan mempengaruhi perasaan anda. Jangan pandang rendah kepada kuasa pemikiran positif. Bahagia adalah pilihan rasa di dalam diri kita. Bukan mudah tetapi ia boleh dikuasai In sha Allah!
7. Berhenti mengutuk.
Secara tak sedar, ramai orang suka mengutuk sesuatu perkara atau orang lain yang dirasakan berbeza dari diri mereka. Kita semua berbeza tapi sebenarnya kita semua sama. Kita semua mahu hidup gembira, mahu disayangi dan menyanyangi dan kita semua mahu difahami. Kita semua mahukan sesuatu dan ada sesuatu yang kita semua mahukan. Tidak perlu kutuk orang lain jika kita tidak faham mereka atau tidak bersetuju dengan mereka.
8. Berhenti menarik perhatian orang lain atau manusia dan fokus menarik perhatian Allah swt
Ada orang yang terlalu berusaha keras untuk tarik perhatian orang lain sehingga sanggup buat sesuatu yang mereka sendiri tidak biasa lakukan atau bukan diri kita. Tak ada gunanya. Saat anda berhenti jadi orang lain, saat anda tanggalkan topeng anda dan saat anda menerima diri seadanya dan menghargai diri anda yang sebenarnya, anda akan mula dapati ramai orang lain yang akan tertarik kepada anda, tanpa anda perlu bersusah payah. Orang suka manusia sebenar dan bukan topeng apatah lagi jika guna nama atau gambar orang lain untuk sembunyikan diri.
9. Berhenti rasa selesa ditahap yang sama dan rempuh halangan untuk mulakan perubahan
Berubah adalah sesuatu yang baik. Bila anda ambil keputusan untuk berubah ianya membantu anda bergerak dari titik A ke titik B. Perubahan akan bantu anda menambahbaikkan kehidupan anda dan juga kehiduoan orang di sekeliing anda. Ikut arah hidup anda, dan nikmati perubahan yang berlaku. Jangan menentang perubahan diri ke arah lebih baik!
10. Berhenti menghukum atau mudah ‘melabelkan’ orang lain
Salah satu sebab orang tak bahagia ialah kerana mudah sangat melabelkan seseorang atau sesuatu perkara yang kita tak betul-betul faham. Ramai hidup penuh dengan sangkaan buruk atau serong melihat orang lain atau pencapaian orang lain.
11. Berhenti hidup dalam ketakutan-Hadapi ketakutan anda
Perasaan takut sebenarnya adalah satu ilusi. Ianya tak wujud, ia hanya sesuatu yang minda kita "takut-takutkan" kita. Perbetulkan apa yang ada di dalam minda andadan semua perkara akan berlaku dengan baik. Bagaimana nak kurangkan rasa takut adalah dengan ilmu, mencari jalan untuk memahami apa yang kita takutkan atau mahu lakukan, lihat dan belajar daripada mereka yang telah berjaya melakukannya dan paling penting cuba dengan skala yang kecil risikonya.
12. Hentikan hidup beralasan
Hentikan hidup beralasan! Anda tak perlukannya. Dalam banyak situasi, kita menghadkan tindakankita kerana kita sendiri banyak mencipta alasan. Kita boleh terus bertindak dan berusaha untukperbaiki diri, kemudian kita tersekat dan mulamenipu diri sendiri. Kita guna banyak alasan. Alasan-alasan yang 99.9% nya adalah tidak benar.
13. Hentikan hidup di masa lalu.
Maksudnya menyesal dengan kesilapan lepas atau memori cinta kenangan silam. Chewah!
Saya faham. Ianya tak mudah. Terutama bila kita lihat masa lalu adalah lebih baik dari masa sekarang dan masa hadapan kelihatan sangatmenakutkan. Tapi anda perlu sedar bahawa anda berada pada masa sekarang dan hanya masa sekarang yang anda ada dan mungkin ada! Anda sudah tidak miliki masa lalu yang anda rasa lebih baik, yang anda impi-impikan kerana anda berada daam masa sekarang. Jangan tipu diri anda dengan keseronokan masa lalu atau kesilapan masa lalu. Belajar darinya dan being presence" atau hadirkan diri anda dalam setiap apa yang anda lakukan dan nikmati hidup anda sekarang. Lagipun, hidup ini adalah satu proses tentang sebuah perjalanan. Bina matlamat yang jelas untuk masa hadapan, sediakan diri anda untuk hadapinya tetapi sentiasa bersedia dengan apa yang ada sekarang.
14. Berhenti terikat dengan "benda".
Macamana saya nak terangkan ni? Okay macam ni, tidak ada apa yang kita ada yang sebenarnya kita punya. Setiap satu adalah pinjaman dan amanah. Jika ada, kita hargai dan pelihara. Jika telah tiada, jangan "tersangkut" dengannya. Jangan hidup
melayan perasaan dan "tersangkut" di situ. Memang sukar untuk lepaskan sesuatu yang telah kita genggam erat. Ingat, tidak ada benda yang kekal. Life goes on! Move on! Jika sesuatu itu kita punya, In sha Allah ada nama kita. Kita hanya perlu buat yang terbaik. Jika selepas buat yang terbaik dan kita tidak dapat miliki, teruskan usaha lagi atau teruskan hidup anda ke destinasi seterusnya!
15. Berhenti bina hidup anda atas impian orang lain dan bukan impian anda sendiri!
Ramai orang, yang tanpa sedar hidup atas impian orang lain. Mereka hidup mengikut apa yang orang lain rasakan terbaik untuk mereka. Mereka hidup bergantung kepada apa yang orang lain fikir yang terbaik untuk mereka, apa yang rakan-rakan, musuh, guru-guru, kerajaan dan apa yang media rasakan terbaik untuk mereka. Sehinggakan, mereka tak pedulikan jeritan hati mereka sendiri, yang meronta-ronta untuk lakukan sesuatu yang berbeza dan bermanfaat.
Mereka sangat sibuk menggembirakan orang lain, dengan membina kehidupan mengikut apa yang orang lain mahukan tetapi hati mereka tidak gembira. Sampai bila?
Sehinggakan mereka tidak ada kuasa untuk mengawal diri sendiri. Mereka lupa, apa yang buatkan mereka gembira, apa yang mereka mahu, apa yang mereka kehendaki. Sampai satu tahap, mereka lupakan tentang diri sendiri. Anda hanya ada 1 kali peluang untuk hidup, hidup yang anda ada sekarang. Hiduplah sebaiknya, miliki kehidupan anda sebaiknya dan jangan biarkan pandangan orang lain menganggu anda dari mengharungi hidup anda sendiri mencapai impian anda.
Ingat petikan hadis Nabi saw, sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada ramai orang lain.
Semoga sharing ni bermanfaat dan saya izinkan dikongsikan jika ia ingatan yang bermanfaat.
Faham ke faham? Ke?
Share.
#AzizanOsman
Comments
Post a Comment