Tips pilih SV berdasarkan personal experience:
1. Sebelum register, kenal pasti dulu sama ada di universiti yg anda nak buat master/PhD ada expertise dalam area yg anda nak study.
2. Klu dah kenal pasti, try email tanya potensi utk anda di supervise olehnya.
3. Kalau dia setuju, buat research tentang background SV tu, contoh: Berapa jurnal dah dia publish, berapa ramai student dah grad bawah penyeliaannya, ada jadi peer review utk mana-mana journal tak, ada buat consultation work dgn mana2 agensi kerajaan atau swasta, dll (maklumat ini blh dapat dari websitenya atau CV beliau)
4. Dapatkan maklumat student yang dia pernah supervise atau sedang supervise,( biasanya utk tahu cara SV bekerja, dan maklumat diri yg tak ada dalam CV atau profile)
5. Confirmkan dgn fakulti tmpat pengajian bahawa maklumat yg anda perolehi sahih dan tepat.
6. Sekiranya anda berani, buat appointment sebelum mendaftar diri dan bawa bersama proposal yang dah anda sediakan.
7. Sekiranya feedback yg diberi berbunyi seperti tak berapa minat dgn area yg nak dikaji, dan beliau ada mencadangkan topik yg beliau ada geran, maka anda perlu fikir 2@3 kali untuk memilihnya sbg SV. Minat pada kajian adalah faktor utama untuk anda terus bermotivasi untuk habiskan pengajian.
8. Andainya potential SV anda menunjukkan minat utk ambil anda sebagai Supervisee, contonhya, beliau akan menghubungi anda bertanyakan keputusan sama ada anda sedia nominate nya sebagai SV, maka anda perlu berhati-hati. Kadang2 potential SV boleh lihat kemampuan anda untuk publish paper yang menjadi aset penting utk KPI seseorang pensyarah.
9. Sekiranya, SV memberi keyakinan bahawa anda boleh graduate on time dengan memilih tajuk yang dicadangkan, semak dulu track recordnya, betulkah ada student yang dibawah penyeliaannya graduate on time.
10. Pesan seorang pensyarah yang saya pernah ikuti bengkelnya:
"Anda bukan buat PhD/master untuk ubah polisi negara, atau sesuatu yg menggegarkan dunia, PhD/ Master by research adalah keupayaan anda untuk mendalami ilmu penyelidikan, buat tajuk yang memudahkan anda untuk dapat data. Ingat a good thesis not a perfect thesis but a thesis that can submit on time!"
Be realistic and All the best everybody!
sumber:https://www.facebook.com/zaizul.abrahman/posts/759803050724882
Comments
Post a Comment