Kesenangan Dan Nikmat Di Dunia Hanya Sementara
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu coretan ringkas buat renungan diri ini dan anda semua. Kita hanya manusia yang lemah dan sering terleka serta lalai dengan kesenangan mahu pun nikmat di dunia yang sementara ini. Sesamalah kita saling mengingati dan menasihati...
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman didalam Al-Qur'an, surat Al-Hadid ayat ke-20 bermaksud:
Sebuah Hadis Qudsi, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (disampaikan melalui Malaikat Jibril A.S.), terdapat 3 pesanan:
Janganlah kita tertipu dengan hasutan syaitan akan kenikmatan dan kesenangan didunia yang hanya sementara ini. Tiada satu pun yang akan dapat kita bawa bersama ke liang kubur... Sesuangguhnya kesenangan dan nikmat di akhirat jua yang kekal abadi.
Ditulis oleh : "Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
Sebuah Hadis Qudsi, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (disampaikan melalui Malaikat Jibril A.S.), terdapat 3 pesanan:
- Hiduplah sesukamu, tetapi sedar lah bahawa pada suatu ketika kamu akan dimatikan.
- Cintailah sesiapapun / apa-apapun yang kamu cintai, tetapi sedar lah bahawa pada suatu ketika nanti kamu akan berpisah denganya jua.
- Berbuatlah sesuka hatimu, tetapi sedar lah bahawa apa yang kamu lakukan itu akan mendapat balasan kelak.
Janganlah kita tertipu dengan hasutan syaitan akan kenikmatan dan kesenangan didunia yang hanya sementara ini. Tiada satu pun yang akan dapat kita bawa bersama ke liang kubur... Sesuangguhnya kesenangan dan nikmat di akhirat jua yang kekal abadi.
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْØَانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظّالِÙ…ِÙŠْÙ†َ
La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin.
Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.
Terima kasih bersama Relaks Minda...
Comments
Post a Comment