Lost Your Childhood

Adakah anda masih ingat bilakah kali terakhir anda memainkan permainan ini?
Adakah anda masih ingat, bilakah kali terakhir permainan ini anda lihat?
Adakah anda tahu apakah nama permainan ini?

Bagaimana pula dengan permainan di bawah?



Adakah anak-anak anda tahu mengenai permainan ini?

Sekiranya anak-anak anda tidak tahu akan permainan-permainan ini, ianya bukan salah anda namun kesilapan sistem pendidikan yang membuatkan anak-anak kita saban hari dibebankan dengan pendidikan tidak kira pagi, petang dan malam sehinggakan mereka tidak lagi merasakan zaman kanak-kanak mereka.

Saban hari sebelum jam 7.30 pagi perlu berada disekolah sehingga jam 2.00 petang. Setelah itu perlu menghadiri kelas KAFA atau seumpamanya sehingga jam 5.00 petang. Sehinggakan mereka ini begitu letih dari segi fizikal dan mental. 

Keadaan dan situasi ini mengakibatkan perkembangan minda mereka terganggu kerana minda mereka sedang dalam proses mengembang tetapi telahpun ditekan dengan pelbagai jenis maklumat sehinggakan tiada ruang-ruang untuk diisi dengan kemahiran sosial kreatif. 

Seperti semua sedia maklum, otak manusia terdiri daripada 2 bahagian iaitu Hemisfera Kiri dan Hemisfera Kanan atau lebih melayu iaitu Otak Kiri dan Otak Kanan.

Otak Kiri dan Kanan ini memainkan peranan yang berbeza seperti yang di terangkan dalam ilustrasi di bawah


Perlu juga tahu bahawa pergerakan bahagian badan sebelah kiri dikawal oleh otak kanan manakala pergerakan bahagian kanan dikawal oleh otak kiri. 

Untuk menjadikan otak kanan dan otak kiri berhubung sepenuhnya, maka perlu ada ruang dan cara supaya ianya tidak ditekan sepenuhnya sehinggakan perkembangan otak kiri dan kanan ini terbantut.

Untuk membolehkan ini berlaku, otak manusia perlukan rehat secukupnya dan maklumat yang perlu disimpan dan diproses perlulah dihadkan kepada kemampuan semasa.

Tahukah anda semua Finland adalah sebuah negara yang maju yang melahirkan paling ramai jurutera dalam pelbagai bidang kehidupan, namun pendidikan sekolah mereka tidak bermula sehingga kanak-kanak berusia 7 tahun dan kerja rumah diberikan kepada kanak-kanak ini tidak boleh melebihi 30 minit sehari dan ketahuilah Sistem Pendidikan Finland adalah yang terbaik didunia.

Finland telah sedar akan hakikat bahawa otak manusia perlu dibiarkan berkembang dengan sendirinya bukannya perlu diisi sepadat-padatnya dengan data dan maklumat sehinggakan ianya membebankan dan mengakibatkan kelesuan kepada otak.



Comments

Popular Posts