Jambatan Berpusing KAWAZU-NANADARU

DiKawazu Jepun, kerana kekurangan tanah untuk membina jalan bagi menaiki lereng bukit, mereka membina sebuah jambatan berpusing. Ia kelihatan seperti binaan tempat letak kereta bertingkat yang kita sering lihat. Jambatan berpusing Kawazu Nanadarusiap dibina pada tahun 1982. Ianya setinggi 45 meter dan berdiameter 85 meter. Dengan pembinaan jambatan ini kenderaan boleh mendaki gunung tanpa perlu membina jalan yang lebih panjang di tepi gunung. Pemandu melakukan dua pusingan penuh di atas jambatan sepanjang 1.1 kilometer ini. Very cool. Ini bukan satu-satunya jambatan berputar di dunia.

Comments

Popular Posts