Perkara Sunnat di lakukan pada hari Jumaat
MEMOTONG KUKU
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
SURAH AL-KAHFI
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.” - Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.” - Riwayat Al-Baihaqi
Comments
Post a Comment