Chain Reaction

A chain reaction is a sequence of reactions where a reactive product or by-product causes additional reactions to take place. In a chain reaction, positive feedback leads to a self-amplifying chain of events.

Chain reactions are one way in which systems which are in thermodynamic non-equilibrium can release energy or increase entropy in order to reach a state of higher entropy. For example, a system may not be able to reach a lower energy state by releasing energy into the environment, because it is hindered in some way from taking the path that will result in the energy release. If a reaction results in a small energy release making way for more energy releases in an expanding chain, then the system will typically collapse explosively until much or all of the stored energy has been released. Since chain reactions result in energy transformation into forms associated with larger amounts of entropy. In accordance with the laws of thermodynamics, the reactions cannot be reversed.

In 1963 Friedman and Schwartz [5] proposed a positive feedback loop as a mechanism for catastrophic failures in economics: “It happens that a liquidity crisis in a unit fractional reserve banking system is precisely the kind of event that trigger- and often has triggered- a chain reaction. And economic collapse often has the character of a cumulative process. Let it go beyond a certain point, and it will tend for a time to gain strength from its own development as its effects spread and return to intensify the process of collapse”.

YB. Dato' Hasan bin Malek: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menaikkan harga barang kawalan sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak RON 95 serta diesel sebanyak 20 sen seliter mulai hari ini.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, seramai 1,845 pegawai penguat kuasa di seluruh negara serta 1,701 pegawai pemantau harga sudahpun melakukan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga memanipulasi kenaikan harga minyak.

Jerantut: Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta kerajaan mengkaji semula kenaikan harga bahan api yang diumumkan kelmarin bagi mengurangkan bebanan dan tekanan guru. Presidennya Mohammad Sabri Mohd Arshad berkata, guru yang mengajar jauh dari tempat tinggal adalah antara mereka yang tertekan akibat kenaikan harga minyak. Katanya, kebanyakan guru bukan saja terbabit dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, sebaliknya menyertai kegiatan kokurikulum dan kelas tambahan di sekolah.

Jimat RM3.3b untuk rakyat

Petaling Jaya: Pengurangan subsidi bahan api akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat dan penjimatan menerusi subsidi bernilai RM3.3 bilion itu bukan saja disalurkan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi termasuk projek infrastruktur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, dengan kenaikan terbabit kerajaan akan terus menyalurkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen untuk diesel.

Katanya, langkah itu sebagai pendekatan menyeluruh dalam mengurus defisit fiskal dan agihan subsidi kepada kumpulan sasar. “Daripada memberi subsidi kepada mereka yang tidak memerlukan serta warga asing, kami memberikannya terus kepada mereka yang berhak,” katanya di majlis pelancaran Program Penyumberan Luar Fasa Kedua Ekuinas, di sini, semalam.

Abdul Wahid berkata, langkah itu adalah proses memperkukuh ekonomi yang bermatlamat memberikan impak positif kepada kebajikan rakyat dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar. Beliau berkata, kerajaan membelanjakan RM24 bilion untuk subsidi bahan api setahun.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel 20 sen seliter berkuat kuasa 3 September.

Pemborong penentu harga barang

Kuala Lumpur: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menganggap kenaikan harga barangan akibat peningkatan harga petrol bukan disebabkan kehendak peniaga sebaliknya mereka berbuat demikian kerana pemborong dan pembekal akan menaikkan harga barangan mentah. Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, sama ada suka atau tidak pengguna terpaksa berdepan kenaikan harga barangan.

“Jika berlaku kenaikan harga barangan, pengguna menyalahkan peniaga semata-mata sedangkan kami terpaksa berbuat demikian kerana pembekal dan pemborong meletak harga lebih tinggi. Kami tidak mempunyai banyak pilihan dan untuk terus bersaing, kami terpaksa akur dengan harga yang ditetapkan pembekal,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya menyifatkan bahawa sesuatu yang tidak logik sekiranya peniaga dilarang menaikkan harga barangan ekoran kenaikan harga petrol.

“Pemborong dan pembekal memberikan alasan kenaikan harga petrol untuk menjual barang mentah pada harga lebih mahal dan kami terpaksa ambil. Malah, perniagaan lain tiada kaitan secara langsung dengan makanan juga terjejas kerana kos pengangkutan bertambah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu mengambil langkah pro aktif membendung masalah kenaikan harga barangan agar tidak membebankan pengguna.

“Kenaikan harga barangan pasti akan berlaku dan pengguna tidak mempunyai pilihan. Kami berharap agar kerajaan dapat membendung kenaikan harga supaya tidak membebankan pengguna memandangkan perbelanjaan pengangkutan perlu ditambah,” katanya.

Antara beberapa petikan akhbar ekoran kenaikan harga minyak di Malaysia. Walaupun hanya RM0.20 setiap liter namun ianya adalah pencetus kepada kenaikan harga barangan yang lain. Memang ada yang mengatakan kenapa harga rokok naik, tiada seorangpun merungut... cuba jadi insan yang cerdik bukannya insan yang berpelajaran sebab semakin tinggi taraf pendidikan semakin berlapis tahap kebodohannya seperti mana pribahasa Klate yang berbunyi "Ngaji Tinggi Bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis".

Cuba lihat adakah kenaikan harga rokok merupakan chain reaction?, tentunya tidak. Kenaikan harga rokok hanya dirasai oleh perokok-perokok sahaja, ianya tidak akan mencetus kepada kenaikan harga barangan keperluan pengguna yang lain.. kos perkhidmatan dan sebagainya. Namun kenaikan harga minyak adalah pencetus kepada chain reaction. Apabila setiap kali harga minyak naik peniaga, pemborong dan penyedia perkhidmatan mengatakan bahawa kos operasi langsung mereka meningkat sebagaimana peningkatan harga minyak. Ia diibaratkan setiap gelas teh menggunakan seliter minyak untuk disediakan.

Inilah yang berlaku apabila, bukan pakar yang melaksanakan kerja pakar... Sepertimana firman Allah swt dalam Al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;

“Sesungguhnya, Allah  menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.

Sekiranya kita(manusia) hambanya cuba menentang, mengubah atau mengeksploit akan fitrah kejadian maka sesungguhnya akan berlakulah kerosakan dan kebinasaan atau mulfunction dalam sesuatu bidang yang kita tidak mempunyai ilmu mengenainya. Inilah yang berlaku pada hari ini.

Amanah dalam konteks sebuah kerajaan merangkumi 2 perkara iaitu rakyat dan pemerintah:

Amanah pada kita sebagai rakyat adalah memilih dengan mengundi pemimpin yang berhak memerintah dengan adil dan mengundi semula pemimpin tersebut jika tiba masa pilihan raya untuk mengembalikan amanah kepada yang berhak. Apabila kita tidak mengundi pemimpin yang adil kelak kita hanya menzalimi diri sendiri kerana memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.

Manakala amanah bagi pemimpin kerajaan pula ialah mentadbir dan menyerahkan kembali hak rakyat demi kesejahteraan hidup bermasyarakat bersesuaian dengan undi yang telah diberi oleh rakyat kepadanya dan amanah pemimpin  kepada Allah SWT ialah bertanggungjawab menjalankan hukum Allah mengatasi hukum manusia.

Panduan memilih Pemimpin

Siapakah pemimpin yang berhak menerima amanah kepimpinan? Adakah amanah ini kita boleh berikan kepada sesiapa sahaja yang kita suka? Memilih pemimpin yang amanah adalah sangat penting dalam tuntutan membentuk kerajaan yang adil, telus dan saksama. Umpamanya kita memilih calon menantu untuk anak perempuan kita. Adakah ingin kita serahkan nasib anak kesayangan kita kepada seorang penagih dadah, pejudi, penipu dan peminum arak?

Dengan ini kita harus merujuk kepada al Quran:

“Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah SWT, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).” (Surah al-Maidah : ayat 55)

Maka di sini kita dapat tahu bahawa Allah SWT telah berfirman, pemimpin kita selepas Allah dan Rasul-Nya adalah orang orang yang beriman. Orang yang beriman ini pula Allah telah mencirikan kepada tiga sahaja. Orang itu solat, tunai zakat dan rukuk iaitu tunduk menjunjung perintah Allah SWT.

Tetapi adakah dengan melihat luaran sahaja sudah cukup bagi kita dalam menentukan pemimpin yang beriman. Adakah kelihatan dalam gambar dan televisyen dia solat sudah cukup bagi kita untuk mengangkatnya menjadi pemimpin. Sudah tentu tidak.

Orang yang beriman ialah orang yang apabila disebut nama Allah ia akan gentar, apabila dibaca ayat al-Quran akan bertambah iman. Percaya kepada Allah SWT dan Rasulnya tanpa ragu-ragu serta berjuang dengan harta dan jiwa.

Solat

Maka daripada iman yang sebenarnya akan lahir solat yang khusyuk yang dapat membentuk keluarga seterusnya masyarakat yang mencegah perbuatan mungkar.

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut : ayat 45)

Justeru dilihat pemimpin kepada peribadinya, keluarganya dan orang yang dipimpinnya dan keadaan masyarakat yang dipimpinnya. Adakah dia sendiri dan ahli keluarganya tidak mengerjakan perbuatan fasik dan mungkar. Adakah perkataan yang keluar dari mulutnya tidak mengandungi penipuan, celaan pada muslim yang tidak sependapat dan fitnah? Adakah orang dibawahnya dan anak-anaknya tidak kelihatan minum arak, berfoya-foya dengan perempuan atau berjudi. Seterusnya dalam bermasyarakat adakah lesen arak dan judi masih ada, ditambah atau dikurangkan? Kerana arak dan judi ini perkara mungkar.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.” (Surah al-Maidah : ayat 90)

Zakat

Manakala mengeluarkan zakat pula akan mengajar pemimpin itu berbelas kasihan kepada golongan miskin dan kurang upaya. Mengingatkannya harta kerajaan adalah harta rakyat maka tidak mencurinya dan tidak pula berlaku boros dengan membeli kereta mewah dengan duit kerajaan yang sebenarnya duit rakyat.

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah : ayat 188) 

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’a : ayat 27)

Orang yang beriman tidak akan membelanjakan harta rakyat untuk perkara perkara mungkar seperti hiburan yang melampau seperti konsert K-POP, konsert tahun baru dan pelbagai lagi aktiviti hiburan yang melalaikan dan membuang masa dan duit rakyat.

“Dan ada di antara manusia orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan.” (Surah Luqman : ayat 6)

Maka kesejahteraan dan kesenangan akan kembali kepada rakyat jika pemimpinnya orang yang beriman dan memahami hikmah menunaikan zakat. Ditatkala masih ada rakyat yang miskin, pemimpin bermewah-mewah dengan kenderaan besar, mahligai besar, pakaian dan perhiasan barang kemas mewah , majlis-majlis perkahwinan yang mewah dan sebagainya. Adakah ini pemimpin yang menepati ciri pemimpin orang beriman?

Rukuk

Manakala rukuk adalah perbuatan pengagungan Allah SWT. Tiadalah yang lebih besar dan agung dari Allah SWT. Maka segala perintahnya kita junjung tanpa ragu-ragu sedikitpun. Apabila Allah SWT suruh menjalankan hukum hudud maka jalankanlah.

“(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan Rasul-Nya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan Rasul-Nya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).” (Surah an-Nur : ayat 50)

Dan janganlah berkata hukum Allah tidak adil, apabila ada jenayah komplot orang Islam dengan orang kafir, orang kafir tidak dikenakan hukuman. Ada yang mengatakan ini tidak adil! Maka bacalah ayat ini.

“Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).” (Surah al-Imran : ayat 178)

Dan semua kesimpulan ciri pemimpin yang beriman diatas telah diterangkan Allah dalam satu ayat yang maksudnya;

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah SWT jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj : ayat 41)

Rasulullah SAW sebagai contoh teladan pimpinan yang terbaik

Seluruh pimpinan orang-orang yang beriman setelah diangkat menjadi pemimpin dan penjaga amanah rakyat seharusnya menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh teladan yang terbaik untuk diterapkan dalam urusan kepimpinan dan pentadbiran negara. Rasulullah terkenal dengan sifat jujur dan amanah sebelum diangkat menjadi rasul lagi. Peribadi dan Nur Rasulullah s.a.w ini kekal menjadi contoh dan ikutan hingga sekarang. Contohilah Rasulullah s.a.w dalam setiap perkara tidak hanya perkara ibadat. Oleh itu mereka yang ingin memimpin masyarakat juga harus mendalami sifat-sifat Rasulullah s.a.w seperti yang digambarkan dalam surah berikut.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (Surah at-Taubah : ayat 128)

Jadi apabila pemimpin ini mencontohi Rasulullah SAW mereka tidak akan sanggup berlebihan daripada rakyat sendiri. Biarlah rakyat senang terlebih dahulu barulah kita. Ini tidak, pemimpin senang dahulu daripada rakyat, sedangkan rakyat masih ada yang susah yang hidupnya.

Hukuman yang adil

Keduanya setelah mengetahui sifat orang beriman yang perlu kita pilih dan amanahkan kita akan membahaskan pula sebahagian ayat 58 An Nisa di atas.

Ayat di bawah sudah cukup untuk menjelaskan perintah Allah SWT kepada kita dan pemimpin untuk menegakkan keadilan lagi menerangkan kebenaran dan juga berlaku adil sekalipun kita benci kepada sesetengah puak.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah SWT, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” (Surah al- Maidah : ayat 8)

Lawan adil adalah zalim. Adakah kita berlaku adil bila kita menyisihkan hak sesetengah pihak kerana pihak tersebut tidak menyokong kita. Adakah kita “menerangkan kebenaran” seperti dalam ayat di atas apabila kita dapati hak tersebut sepatutnya hak orang negeri itu tetapi kita tidak bercakap yang benar hanya kerana kebencian kita dan disorokkan kebenaran serta menyisihkan hak sekaligus tidak amanah dan berlaku zalim.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Anfal : ayat 27)

Balasan pengikut pemimpin yang zalim (tidak adil)

Maka lawan bagi sifat-sifat pemimpin yang beriman adalah munafik. Kerana orang munafik mengaku beriman tetapi hatinya tidak, solat tidak khusyuk, di dalam hatinya ragu-ragu dengan perintah Allah dan Rasulnya.Tidak menepati janji dan apabila diberi amanah, dia khianat sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW.

Adakah kita ingin mengangkat pemimpin yang munafik yang tidak amanah sekaligus mengheret kita sekali ke neraka? Adakah kita akan terlepas? Sesekali kita tidak, sebab kitalah yang memberi undi melantik mereka ke tampuk kekuasaan.

Dengan mengundi mereka bermakna kita menyokong mereka dan mengizinkan segala perbuatan mungkar yang dilakukan mereka.

“Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.” (Surah al-Qasas : ayat 41)

“Kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah?” (Surah Ibrahim : ayat 21)

Mari kita renungkan nasib mereka yang telah mematuhi kehendak pemimpin mereka (yang tidak amanah) supaya diundi semula bagi mengekalkan kuasa. 

Mereka ini dibelenggu dengan rantai disalai dengan api neraka yang sangat panas. Minum air yang menggelegak yang membocorkan perut yang tidak pernah menghilangkan haus, makan buah pohon zaqum yang pahit lagi berduri tersangkut pula dikerongkong dilanda kelaparan yang dasyat. Kulit kepala dan badan hancur lebur dimamah api.

“Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.” (Surah al-Ahzab : ayat 67)

Ambillah iktibar daripada ayat di ata.s Bukannya mudah untuk kita hidup walaupun sesaat di neraka inikan pula beribu tahun. Maka ikutlah, pilihlah dan angkatlah pemimpin yang beriman dan adil sekaligus membentuk kerajaan yang adil berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Inilah amanah dan tuntutan Allah kepada kita.

Bagi para pemimpin pula renungkan ayat ini yang bermaksud

“(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka .Kemudian curahkanlah di atas kepalanya – azab seksa – dari air panas yang menggelegak.(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu).” (Surah ad-Dukhan ayat 47 hingga 49).

Semoga apa yang tertulis ini menjadi panduan buat kita semua, kerana kita yang menjadikan ianya begitu. Kita telah menyerahkan kuasa kepada pemimpin yang bukan ahlinya dan oleh kerana itu kita dizalimi.

Tetapi usahlah kalian semua risau akan isu kenaikan harga minyak ini kerana Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang berdaulat dan melaksanakan 1Malaysia maka sudah semestinya ada jalan penyelesaiannya iaitu dengan mengadakan Stesen Minyak 1Malaysia (SM1M). SM1M

SM1M ini akan dibuka ditempat anda dalam masa terdekat. Disini harga petrol cuma RM0.20 seliter.

Wallahua'lam.

20sen

Comments

Popular Posts