Diet Seimbang Kekalkan Kecantikan Rambut
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kerosakan rambut seperti penggunaan bahan kimia, pewarna, merokok dan ketidakseimbangan hormone. Ia boleh diatasi dengan mengamalkan diet sihat dan seimbang untuk membantu meningkatkan kesihatan serta kecantikan rambut. Untuk memberi penekanan mengenai pemakanan bagi kesihatan rambut, terdapat beberapa nutrien yang diperlukan dalam diet harian anda.
- Vitamin B, vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Antara jenis vitamin yang membantu mengurangkan kerosakan rambut ialah vitamin B6, B9, B7 dan B8.
Pengambilan vitamin B6 penting dalam mengekalkan rambut yang sihat dan membantu meningkatkan aliran oksigen ke dalam kulit kepala manakala
vitamin B9 pula membentuk sel darah merah, membina antibodi dan menyembuhkan kerosakan rambut.
Vitamin B7 membantu menggalakkan rambut yang sihat dan melindungi kekeringan manakala
amalan pengambilan vitamin B8 dapat membentuk sel yang sihat.
- Zink secara amnya baik untuk mencegah keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhannya.
- Air diperlukan untuk membantu proses penghidratan. Penting untuk mengambil lapan hingga 10 gelas sehari bagi mengaktifkan saraf rambut dan menjadi pengesan kerosakan dalam kulit kepala.
Comments
Post a Comment