Gaji Anggota Polis Rendah
Buktinya di sini… bacalah..
BUTTERWORTH: Dua anggota polis berpangkat Koperal dan Ketua Inspektor mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, April tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh, Md Noor Mohd Zahir, 33, dan Mohamad Azizi Md Dalis, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan kes dibacakan ke atas mereka di hadapan hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.Md Noor, yang berpangkat koperal dan bertugas di Balai Polis Nibong Tebal didakwa menerima suapan berjumlah RM10,000 daripada Mohamad Azizi Abd Wahab sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana menyimpan kayu gaharu tanpa kebenaran di bawah Akta Perhutanan Negeri 1984 di rumahnya.
Sementara itu, Mohamad Azizi Md Dalis berpangkat Ketua Inspektor di balai sama dituduh bersubahat bersama-sama Md Noor menerima suapan RM10,000 untuk tidak mengambil apa-apa tindakan ke atasn lelaki itu kerana menyimpan kayu gaharu tanpa kebenaran di bawah Akta Pertanan Negeri 1984.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Kit Siong Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, kira-kira jam 11.30 malam.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama jika sabit kesalahan iaitu penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Firdaus Abdullah.
Comments
Post a Comment