Kakitangan Awam Dapat Duit Raya

Kerajaan telah bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran inimum  RM500 kepada kakitangan penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan juga.
“Bonus dan bayaran khas raya ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” jelas Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
menurutnya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara kini.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan sekaligus membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- dipetik dari arkib pada 8 ogos 2011


Antara petikan dari akhbar pada tahun lepas. Adakah perkara yang sama akan berlakulagi pada tahun ini. Tunggu dan nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri Kita. Apakah rasionalnya pemberian duit raya kepada kakitangan awam seluruh negara? Mungkin masih ramai yang terpingga-pingga memikirkannya. Untuk makluman semua, duit merupakan satu jenis aset yang cair. Untuk meningkatkan ekonomi negara kecairan tunai adalah perlu bagi menstabilkan ekonomi. Dengan pemberian duit raya.. maka ekonomi negara berkembang. Sekiranya berlaku aliran tunai yang banyak maka ekonomi akan berkembang.. itulah tafsirannya kepada mereka yang tidak tahu apa itu kaitannya dengan ekonomi atau tidak pernah belajar ekonomi…
Apa-apa pun, sempena Ramadhan yang mulia ini, doakan agar penjawat awam diberikan bonus bukan setakat sebulan gaji namun 2 bulan gaji sebagai satu komitmen keprihatinan kerajaan di ambang PRU13 ini. Apalah sangat 2 bulan gaji bonus kepada penjawat awam jika dibandingkan dengan perbelanjaan-perbelanjaan mengarut untuk tender no pendaftaran kenderaan, majlis keraian pertunangan anak, bunga api yang dibazirkan dan sebagainya yang langsung tidak masuk di akal.. (kecuali bagi mereka yang kurang akalnya). Adakah kita termsuk dalam golongan itu, tepuk dada tanya hati… timbangkan… renungkan… adakah apa yang telah dilakukan itu cukup bagi kesinambungan pemerintahan… yang ditafsirkan sebagai kuasa, harta dan sebagainya.
Adakah mampu bagi kita untuk memberikan alasa-alasan kepada yang Maha Esa, sewaktu kita mengadapnya kembali di suatu hari nanti. Mungkin pada hari ini kita dianugerahkan dengan pangkat Tun, Tan Sri, Dato Sri, Datuk, Dato’ dan sebagainya… percayalah suatu masa nanti akan tinggal cuma Al-Marhum,  Allahyarhan, Arwah, Mendiang sahaja. Adakah itu semua cukup bagi kita.
Sekiranya wang yang dibazirkan itu di sedekahkan banyak manfaatnya kepada yang lebih memerlukan. Bukan kita tidak tahu bahawa masih ramai dikalangan rakyat Malaysia ini hidu[p dalam kemiskinan walaupun berlagak dan bergaya. Jika tidak mana mungkin ceti-2 haram itu mampu berdiri dan hidup dengan gah menawarkan bermacam-macam janji pinjaman.
Tidak terfikirkah kita dengan pemberian duit raya kita telah mengurangkan penglibatan mereka dengan along semata-mata untuk melihat kegembiraan dan keriangan anak-anak menyambut aidilfitri bakal menjelma. Kadang-kadang ada diantara anak-anak ini tidak pernah berganti baju mereka melainkan dihari raya sahaja, sedangkan ada diantara kita yang menempah baju dari luar dengan designer diterbangkan khas ke kediaman sendiri.
Betulah kata orang tua, berbudi kepada tanah akan mendatangkan hasilnya. Usah kita ragui bahawa kuasa dan mandat kepemimpinan yang rakyat berikan itu bukan selamanya milik kita, kadang-kadang angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa boleh menjatuhkan kita yang melayan kenyamanan angin yang bertiup melekakan kita dan membuatkan kita terlupa bahawa yang jatuh tetap ketanah jua… dan yang mati kekubur jua. Angin sepoi-sepoi bahasa bisa merebahkan kita kerana kelalaian dan kealphaan kita, namun sekiranya angin itu umpama ribut taufan sudah tentunya kita berpaut mungkin ada yang memiliki basement sebagai tempat berlindung.
Apa yang tertulis disini bukan untuk dibaca, tetapi difahami.. kerana yang menulis bukan bercerita tetapi menasihati, mengingatkan supaya tidak terus leka dan alpa dengan nikmat dunia sementara.






Comments

Popular Posts