BR1M - Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Terima kasih diucapkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia di atas pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Sebagai penerima yang telah diluluskan permohonan saya telah menunaikan Voucher RM500 yang diterima pada 11 Januari 2012 di BSN pada hari ini.  Terima Kasih yang tidak terhingga di atas keprihatinan YAB PM kerana memperuntukkan sejumlah wang (dari rakyat) untuk rakyat. Inilah yang dinamakan kerajaan prihatin.
Namun pun begitu sedikit kekecewaan dihati pada majlis penyerahan Voucher berkenaan yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Utama Tg Adnan Tg Mansor ahli parlimen Putrajaya. Bukan kerana sambutan ataupun apa-apa yang berkaitan dengan majlis tetapi dengan beberapa adress to him. Memang tidak salah penyerahan dibuat oleh ahli parlimen namun tidak perlu lah nak disebutkan bahawa beliau adalah Ketua UMNO Putrajaya. Kan lebih manis cukup dengan ahli parlimen Putrajaya.
Ini bukannya apa, ada diantara penerima BR1M itu adalah dari kalangan pembangkang, dan rata-rata berasa tidak senang dengan pernyataan sedemikian. Ini akan membuatkan fikiran mereka akan lebih tertumpu bahawa ini semua adalah dakyah dan gula-gula PRU-13. Kan lebih baik hanya menyebut beliau adalah Ahli Parlimen sahaja. Tidak adalah orang akan berasa sakit hati dan terguris. Mereka boleh menerima kehadiran Ahli UMNO sebagai pemimpin tetapi tidak perlu dinyatakan. Sememangnya mereka telah kenal dan tahu.
Ianya juga menunjukkan seolah olah UMNO ini begitu bagus, dan dimata mereka semakin menyampah apabila melihatnya. Jadi lain kali, perlu kita ubah pemikiran mereka. Pandangan mereka juga akan berubah dengan cara kita bertindak. We show them we are the best… not told them we are the best. Biarkan mereka menilai kita.
Tetapi seperti mana, biasa masuk bakul angkat sendiri tetapi dalam cara yang lebih baik diterima oleh musuh dan lawan. Biarkankan mereka rasa segan diatas apa yang kita lakukan tidak perlu kita tunjukkan kepada mereka bahawa apa yang dilakukan adalah untuk mereka.
Percaya atau tidak, itulah punca utama BN gagal menawan Kelantan. Sorry to say coz I’m Kelantanese jadi apa yang saya lihat itulah yang ada pada Nik Aziz. So humble and easy to reach tanpa halangan tambahan kecuali Pengiring yang ditugaskan. Baginya cukup Allah sahaja yang melindunginya…

Comments

Popular Posts