Thomas Alva Edison (1847-1931)
"... Thomas Edison was more responsible than any one else for creating the modern world .... No one did more to shape the physical/cultural makeup of present day civilization.... Accordingly, he was the most influential figure of the millennium...."
Adakah ini sebenarnya yang berlaku… benarkah Edison adalah individu yang bertanggungjawab terhadap tenaga elektrik. Mungkin Edison lebih dikenali sebagai pencipta terunggul, namun perlu diketahui bahawa disebalik kejayaannya ada seorang individu yang bertanggungjawab terhadap kejayaannya. Siapakah individu berkenaan?
Individu berkenaan adalah Nikola Tesla, seorang warganegara Amerika berketurunan Serbia. Dilahirkan pada 9/10 Julai 1856 di Serbia. Berhijrah ke Amerika Syarikat dan berkerja dengan Thomas Edison sebelum meninggalkan Edison. Beliau menjual beberapa paten hakcipta, termasuk generator arus ulang alik kepada George Westinghouse. Ciptaannya pada 1891 Tesla coil, digunakan dalam teknologi radio. Meninggal pada 7 Januari 1943, di bandaraya New York.
Semasa berkerja dengan Edison, beliau ditawarkan untuk menyiapkan ciptaan generator arus terus yang lebih efisyen dengan bayaran USD50,000.00. Setelah menyiapkan ciptaannya, Tesla miminta bayaran seperti yang dijanjikan. Edison menjawab, “Tesla kamu tidak memahami gurauan Amerika.” Tesla segera berhenti kerja daripada Edison dan bekerja sebagai tukang penggali parit di bandaraya New York.
Beliau adalah pencipta kepada arus elektrik ulang alik AC, yang mana merupakan satu sumbangan yang besar dalam kemajuan bidang elektrik. Antara ciptaannya yang telah dipatenkan (sila lawati laman berikut) http://www.hbci.com/~wenonah/new/tesla.htm.
Ikuti kisah perjalanan hidup seorang yang berjasa dalam memajukan bidang elektrik untuk masyarakat. en.wikipedia.org/wiki/Nikola_Tesla.
Beliau adalah pelopor kemajuan bidang elektrik.
Comments
Post a Comment