Pembangkang…
Pembangkang!!! Adakah saya pro pembangkang? Adakah saya ahli pembangkang? Adakah saya.. pembangkang?
Ya, saya adalah pemnbangkang, namun bukannya mana-mana ahli parti politik atau pertubuhan yang membangkang pemerintah. Saya seorang pembangkang dan akan terus membangkang tidak kira siapa yang berkuasa, memerintah dan mentadbir negeri, negara atau jajahan mana-mana tempat yang pernah wujud dan wujud dimuka bumi Allah ini.
Bukan niatku untuk menumbangkan mana-mana pentadbiran, mana-mana pemerintah dan kerajaan yang ada. Aku membangkang sekadar untuk mengimbangi kuasa. Adakah aku berkuasa? Tidak yang Maha berkuasa hanya Allah yang Esa. Aku tidak berkuasa dan merupakan insan yang lemah dibandingkan denganNya yang Maha Kuasa. Hidupku inipun kerana sifat-sifatnya yang Mulia. Satu hari nanti apabila sifat-sifatNya yang dipinjamkan kepadaku ini ditarik balik aku tak berdaya dan hanya berbaring begitu sahaja.
Lemahnya aku, aku tak punya apa-apa. Namun kerana perjuangan untuk mengimbangi kuasa aku menjadi pembangkang. Hanya untuk mengingatkan dan menghalang dengan cara yang aku tahu, membangkang. Tidak aku tidak akan membangkang semua perkara dan usul yang baik. Cuma aku membangkang setiap gerak-geri dan tindak-tanduk yang akan merugikan rakyat.
Aku tidak pernah mengagungkan mana-mana ahli politik, bagiku biarlah aku membangkang tanpa bersekutu dengan mereka. Aku membangkang dengan caraku. menulis-menulis dan terus menulis tentang perkara yang berlaku supaya rakyat negaraku sedar apa yang berlaku bukan hanya mengangguk melihat perbuatan durja, perbuatan yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Aku membangkang untuk membuka mata mereka, melihat dari aspek berbeza. Bukan hanya kita yang betul. Mungkin apa yang mereka katakan itu berbeza dengan apa yang kita tahu, tidak bermakna mereka salah. Itu adalah pandangan mereka. Mereka adalah betul dari sudut pandangan mereka. Mereka bukannya bersalah dan pesalah yang patutu kita hukum hanya kerana pernyataan, tindakan, perlakuan dan jawaban mereka dan kita berbeza.
Kita akan merasaka gembira sekiranya apa yang mereka lakukan itu dilihat dari sudut pandangana mereka. Umpama pamain wau yang merupakan seorang Pilot dan juga jurutera aeroangkasa, yang tidak akan ada dalam konteks pilot dan jurutera aeroangkasa.
Comments
Post a Comment