Akta Had Masa 1953


Akta Had Masa adalah Akta yang menghadkan beberapa tindakan undang undang kepada julat atau tempoh masa yang tertentu. Dalam bab hutang, ada dua julat masa yang telah ditetapkan iaitu:
 
1) Tidak boleh mengambil tindakan undang undang setelah berlangsung tempoh 6 tahun dari tarikh mula tunggakan iaitu tarikh mula Bank atau pemiutang boleh menjalankan tindakan undang undang dan “memenanginya” iaitu menfailkan SAMAN dan mendapatkan Penghakiman atas jumlah yang dituntut.
 
Ini diperuntukan dibawah Seksyen 6(1) seperti dibawah:
 

 
2) Setelah mendapatkan Penghakiman, Bank atau Pemiutang ada masa selama 12 TAHUN dari tarikh Penghakiman untuk melaksanakan TINDAKAN PENGHAKIMAN seperti Writ Penyitaan, Tindakan Garnisi, Saman Penghutang Penghakiman dan Bankrapsi seperti yang ditunjukkan dibawah:

 

Akan tetapi, perlu diingat bahawa pelupusan hak untuk bertindak kepada Penghutang ini ada syaratnya dan bukan SECARA AUTOMATIK iaitu MESTI dilawan atau dibantah ketika hari pendengaran kes SAMAN dan peminjam mesti mendaftar untuk hadir pada hari pendengaran kes dan mengemukakan bantahan pada hari tersebut.
 

NOTA: Jika Penghakiman telah dijatuhkan (maksudnya tak sempat nak bantah pada hari (1) diatas atau baru tahu) peminjam ada masa 30 hari dari tarikh Penghakiman untuk membuat bantahan.
Satu lagi perkara yang perlu diingat ialah jika pada bila bila masa selepas tamatnya tempoh had masa (1) dan (2) diatas, peminjam ada membuat bayaran kepada Bank atau Pemiutang maka tindakan boleh di”sambung” semula atas alasan Penghutang telah “mengakui” akan hutang tersebut:
 

 
Jadi perkara ini bukanlah satu perkara yang “straightforward” dan mudah. Ada Bank yang mengambil kesempatan keatas kejahilan peminjam atau peminjam yang telah berpindah atau “menghilangkan diri” menyebabkan Bank menghantar Saman ke alamat yang lama yang TIDAK AKAN diterima oleh Penghutang maka Penghakiman akan dibenarkan oleh Mahkamah atas alasan TIADA BANTAHAN atau Peminjam telah TIDAK HADIR untuk membantah.”

Akibatnya ada yang telah diBankrapkan atas jumlah asal hutang yang sedikit yang telah “membelon” sehingga puluhan malahan ratusan ribu Ringgit faedah yang dikenakan dan dikenakan tindakan keBankrapan. 

Comments

Popular Posts