Tips Memilih Baju Untuk Bayi
1. BELI UKURAN SEDIKIT BESAR.
Bulan pertama kelahiran bayi, pertumbuhan mereka sangat cepat.
Jika bayi belum lahir lagi, bakal mak ayah digalakkan membeli pelbagai saiz, sebab kita tak tau berapa besar saiz bayi yang bakal lahir nanti.
Warna baju kalau boleh, pilih warna yang baby boy/girl boleh pakai. Sebab kadang kita scan doktor cakap baby girl, tup2 lahir dapat baby boy. Kaaaan? 😊
(Sape pernah ada pengalaman camni, cer komen) 😊😊
2. PILIH PAKAIAN 100% COTTON (SERAP PELUH).
Kulit bayi kan sensitif, kalau peluh2 nanti bayi tak selesa, dan boleh terjadi penyakit kulit, gatal2 dan ruam.
3. PILIH DESIGN PAKAIAN YANG SIMPLE.
Nanti mudah korang nak pakaikan baju kat bayi.
4. WAKTU MALAM PAKAIKAN BAJU YANG HANGAT DAN MELINDUNGI KULIT.
Supaya bayi nyenyak tidur. Elakkan pilih kain dari bahan yang kasar seperti kain jeans.
5. PAKAIAN YANG MUDAH DIBUKA.
Bayi selalu kencing dengan berak. Pergerakan mereka juga terbatas. Kalau beli baju yang banyak kancing, akan menyukarkan membuka pakaian tersebut.
6. PILIH BAJU TEBAL DI MALAM HARI.
Pilih pakaian bayi berasaskan 100% cotton. Tapi pilih la kain yang tebal. Cari ketebalan kain dalam 180/220gsm. Supaya bayi korang tidak sejuk, nyenyak tidur dan selesa bernafas.
7. PILIH BAJU NIPIS DI SIANG HARI.
Siang hari biasanya cuaca panas. Digalakkan pakaikan mereka baju dari kain yang nipis. Cari ketebalan kain sekitar 145/160gsm. Dan hindari mereka dari pakai baju yang terlalu ketat sebab boleh menyebabkan masalah kesihatan pada kulit bayi.
Lagipun bayi cepat besar, rugi duit korang kalau beli pakaian yang ketat. Digalakkan pakai baju yang besar sedikit, supaya mereka happy, korang pun beronooook ronoook. kehkeh
Comments
Post a Comment