Harga kenderaan Honda naik hingga 3 peratus mulai tahun depan
KUALA LUMPUR: Honda Malaysia mengesahkan peningkatan harga kenderaannya di antara 2 ke 3 peratus bermula Januari 2016 susulan kelemahan nilai ringgit.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kelemahan nilai ringgit telah melonjakkan kos pengeluarannya.
"Penyusutan drastik ringgit meningkatkan kos import komponen dan bahagian kenderaan. Ia meskipun usaha kami mengurangkan kos dan perbelanjaan untuk berdepan kelemahan ringgit," kata ketua pegawai eksekutifnya Yoichiro Ueno.
Beliau berkata syarikat akan terus menganalisis kesan kelemahan ringgit terhadap kos syarikat dan senarai harga baharu akan dikeluarkan Disember 2015.
Menurutnya sejak pengenalan model pada harga sedia ada, nilai ringgit telah susut 20 ke 30 peratus.
Meskipun komponen sudah dibeli lebih awal, namun komponen bagi pengeluaran Januari dibeli pada ketika nilai ringgit lemah ketika ini.
Justeru separuh daripada kos tersebut terpaksa disalurkan kepada harga akhir produk.
Tambahnya, pasaran automotif berdepan ketidaktentuan nilai mata wang susulan komponen yang diimport.

Syarikat berkata sekiranya ringgit kembali mengukuh, Honda Malaysia akan menilai semula struktur harga yang ditawarkan.
Comments
Post a Comment