Jadual Masa Perjalanan Hari Raya 2015 Dari PLUS
Setiap kali menjelang musim perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, jalanraya pasti akan dipenuhi dengan kenderaan. Kesesakan pastinya akan berlipat kali ganda namun yang menariknya situasi ini berlawanan dengan hari-hari biasa di mana Lembah Klang akan menjadi lengang dengan kenderaan tanpa sebarang kesesakan.
Akibat terlalu banyaknya kenderaan dijalanraya maka kesesakan berlaku di mana-mana sahaja lokasi diluar Lembah Klang. Lebih menyakitkan hati apabila kesesakan turut berlaku di lebuhraya di mana kita perlu membayar untuk melaluinya. Oleh itu, ia sepatutnya memberi keselesaan dan kepantasan disepanjang perjalanan di lebuhraya.
Namun semuanya itu tidak mungkin terjadi! Kadang kala, lebuhraya jugalah pilihan terbaik yang ada, maka terpaksa juga menggunakannya.
Jalan Penyelesaian Dari Plus
Bagi mengatasi masalah ini, pihak Lebuhraya PLUS telah mengeluarkan jadual masa perjalanan disepanjang cuti Hari Raya Aidilfitri (16 - 20 Julai 2015). Ianya bertujuan untuk mengurangkan kesesakan berikutan kemasukan kenderaan yang banyak secara serentak di lebuhraya PLUS pada waktu puncak.
Jadual masa perjalanan dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama :
- Kangar, Alor Setar, Johor Bahru dan Kota Tinggi - Mulakan perjalanan anda diantara jam 6:00 pagi ~ 8:00 pagi
- Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Batu Pahat, Segamat dan Muar - Mulakan perjalanan anda diantara jam 8:00 pagi ~ 12 tengahari.
- Taiping, Kuala Kangsar, Grik, Ipoh, Jasin, Melaka, Alor Gajah - Mulakan perjalanan anda diantara jam 12:00 tengahari ~ 6:00 petang
- Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Senawang, Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban - Mulakan perjalanan anda selepas jam 6:00 petang
Jadual masa perjalanan dari bandar-bandar utama ke Lembah Klang :
- Kangar, Alor Setar, Johor Bahru dan Kota Tinggi - Mulakan perjalanan anda diantara jam 6:00 pagi ~ 8:00 pagi
- Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Batu Pahat, Segamat dan Muar - Mulakan perjalanan anda diantara jam 9:00 pagi ~ 12:00 tengahari.
- Taiping, Kuala Kangsar, Grik, Ipoh, Jasin, Melaka, Alor Gajah - Mulakan perjalanan anda diantara jam 2:00 petang ~ 6:00 petang
- Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Senawang, Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban - Mulakan perjalanan anda selepas jam 8:00 malam
Jika anda dari destinasi selain dari yang disenaraikan di atas, mulakan perjalanan anda sebelum jam 6:00 pagi atau selepas jam 12:00 tengah malam.
Bagi pengguna motorsikal pula, anda digalakkan merancang perjalanan dilebuhraya sebelum 16 Julai dan selepas 20 Julai 2015
Selain itu, PLUS juga menggalakkan merancang perjalanan di lebuhraya pada hari tertentu. Sebagai ganjaran, pengguna lebuhraya akan diberi diskaun @ rebat jika menggunakan lebuhraya Plus pada hari-hari sebelum dan selepas hari puncak :
- 13 Julai 2015 : rebat 50%
- 14 Julai 2015 : rebat 40%
- 15 Julai 2015 : rebat 30%
- 21 Julai 2015 : rebat 30%
- 22 Julai 2015 : rebat 40%
- 23 Julai 2015 : rebat 50%
Termaktub pada semua Lebuhraya PLUS (NSE & ELITE) - Hanya untuk jarak perjalanan lebih 100km dan hanya kepada pengguna kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG pada sepanjang hari (24 jam) tersebut
Keselesaan Dan Keselamatan Perlukan Kerjasama Serta Keprihatinan
Mungkin jadual ini tidak akan dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah kesesakan yang berlaku di lebuhraya tetapi sekurang-kurangnya dapat melancarkan perjalanan dan mengelak dari kesesakan yang teruk akibat kemasukan terlalu banyak kenderaan ke lebuhraya pada waktu yang serentak.Rancanglah perjalanan anda dan patuhi undang-undang jalan raya, almaklumlah... bila kesesakan berlaku, ramai yang akan hilang kesabaran. Ingatlah...bukan anda sahaja yang terperangkap. Kasihani dan hormatilah orang lain. Janganlah pentingkan diri sendiri.... sabar...
Berhati-hatilah semasa memandu kerana sedikit kecuaian anda mungkin akan membuatkan anda atau orang lain menyesal seumur hidup. Ingatlah insan tersayang... Hari Raya adalah masa untuk ceria serta bergembira dan bukan hari untuk meratapi kesakitan atau kehilangan.
Comments
Post a Comment