Salam 1Malaysia!
Alhamdulillah, pagi Khamis yang lalu, saya telah membentangkan sebuah lagi dokumen penting yang merupakan pelonjak akhir sebelum kita memasuki gelanggang negara maju, yakni Rancangan Malaysia Ke-11 atau RMK11.
Sepanjang sepuluh Rancangan Malaysia yang lalu, terdapat 10 kejayaan yang telah kita kecapi seperti: - 6.2% - pertumbuhan ekonomi tahunan secara purata sejak lima dekad yang lalu, antara yang tertinggi di Asia
- 76.5% - sumbangan sektor pembuatan dan perkhidmatan kepada KDNK
- RM6,141 - pendapatan bulanan purata isi rumah pada tahun 2014
- 76.1% - isi rumah keseluruhan sudah memiliki kediaman
- 95.1% - penduduk mendapat akses kepada bekalan air bersih
- 98% - kadar literasi
- 27% - tenaga buruh yang kini mempunyai pendidikan tertiari, meningkat empat kali ganda berbanding 6 peratus pada 1980
- 2.9% - kadar pengangguran, turun daripada 7.4% pada 1970
- 23.5% - hak milik ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat pada 2011, meningkat 10 kali ganda daripada 2.4% pada 1970
- 0.6% - kadar kemiskinan pada 2014, turun daripada 49.3% pada 1970
Bagi tempoh 2016-2020, Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilaksanakan dengan enam strategi tumpuan iaitu;
- Inklusiviti;
- Kesejahteraan Rakyat;
- Modal Insan;
- Pertumbuhan Hijau;
- Infrastruktur;
- Inovasi dan Produktiviti
Antara projek-projek pembangunan yang telah diumumkan dalam RMK 11 adalah:
Pemilikan perumahan rakyat - 182 ribu rumah dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun 2015.
- Lebih 23 ribu unit telah disediakan oleh kerajaan negeri dan FELDA.
- 653 ribu unit rumah lagi akan dibina juga oleh pelbagai pihak di bawah RMK 11
Infrastruktur - 2,239 kilometer - Lebuh Raya Pan Borneo yang akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak sedang dibina
- Siap pada 2019 - Lebuh Raya Pantai Barat yang akan menyediakan akses yang lebih baik kepada penduduk pantai barat di Perak dan Selangor.
- 197 kilometer - Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru akan dilaksanakan.
- MRT Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3 akan berlangsung dalam RMK-11.
Akses Perkhidmatan Jalur Lebar - 100 megabit sesaat - kelajuan perkhidmatan jalur lebar untuk semua isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi
- 20 megabit sesaat - kelajuan perkhidmatan jalur lebar untuk kawasan pinggir bandar dan luar bandar
|
Comments
Post a Comment