DTX Complex Shaklee Untuk Kesihatan Hati
Salah satu organ dalam diri manusia yang paling paling penting, cuma ada satu je iaitu hati. Hati kita berfungsi untuk menapis toksin ye, tiada kaitan dengan neurologi keupayaan membuat pilihan. Ye la orang selalu sebut "ikutkan hati". Itu bermaksud membuat pilihan buka secara kognitif / berfikir sebab kita tak boleh berfikir dengan hati!
Baik hati, hati busuk, buah hati. Banyak simpulan kata (waa..last guna perkataan ni zaman sekolah dulu..haha) berkaitan dengan hati. Bahkan terdapat hadis sahih berkenaan hati lebih kurang begini maksudnya. "Dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baik lah keseluruhannya. Jika buruk daging itu, maka buruk lah keseluruhannya. Daging itu adalah hati". haaa. Hari ni saya nak cerita produk Shaklee yang berperanan untuk detoks / cuci hati.
Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata :
"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita."
"Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan."
Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:
1. Rembesan Hempedu
- Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
- Hempedu diperlukan untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
- Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
- Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
- Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
- Hati mengawal metabolisma protein
- Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
- Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
- Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
- Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
- Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
- Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
- GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
- Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
- Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
- Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
- Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Comments
Post a Comment