Persatuan bas ugut henti operasi

Bagaimana sebuah persatuan boleh mengugut untuk memberhentikan operasi sekiranya gagal mendapatkan sebarang bantuan daripada kerajaan melalui rundingan bersama SPAD.
Kerajaan sepatutnya bertindak lebih bijak, kerana selama ini segala kemahuan mereka diberikan.. jika difikirkan secara logik ini tidak seharusnya berlaku kerna kerajaan perlu bertegas dalam isu yang melibatkan kepentingan ramai pihak. Jangan hanya kerana ugut sebilangan kecil sahaja kerajaan sudah mengelabah, hentikan usaha mereka untuk mengaut keuntungan itu kerana kerajaa mempunyai kuasa dan perkara ini boleh dikategorikan cuba mencetus kekecohan.
Ini juga bermakna pengusaha bas sedia ada tidak pandai mengurusakan perniagaan jika setiap tahun mengharapkan kenaikan tambang dan bantuan inisiatif kerajaan sahaja. Mereka perlu lebih bijak menguruskan perniagaan dan menjadikan mencari cara yang lebih strategik demi mengembangkan perniagaan bukan dari keuntungan sebegini.

Comments

Popular Posts