Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2013

Alhamdulillah setelah pembatalan SBPA JPA kini telah kembali dengan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan, sebenarnya 85 skim perkhidmatan melalui PP 9-35/2013. Tetapi pada dasarnya ianya bukanlah satu penambahbaikan ianya sekadar rebranding Skim Perkhidmatan.
Kesemua penambahbaikan yang dilaksanakan adalah apa yang sebenarnya telah dilakukan dalam SBPA, it is just like reBoot SBPA tanpa melibatkan keseluruhan skim perkhidmatan. Jika dahulu SPBA melibatkan rebranding kesemua Skim Perkhidmatan, namun kini hanya beberapa Skim Perkhidmatan yang mendapat perhatian kerajaan berbanding jumlah keseluruhan skim perkhidmatan yang burkuatkuasa dalam perkhidmatan awam di Malaysia yang digunakan di Perkhidmatan Awam Persekutuan, Negeri, BBP, BBN dan juga PBT.
Berikut disertakan Skim-skim yang terlibat dan pekeliling yang berkaitan:
Pekeliling Perkhidmatan No. Pekeliling Skim Perkhidmatan Terlibat
1. Pindaan Skim Perkhidmatan Jururawat Dengan Memperuntukkan Perbekalan Kenaikan Pangkat Ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Bil 9/2013 1 Jururawat
2. Pindaan Terma Dan Perubahan Had Umur Kenaikan Pangkat Secara Lantikan. Bil 10/2013 Semua skim perkhidmatan yang ada perbekalan syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)
3. Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan, Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina Dan Penolong Juruukur Bahan. Bil 11/2013 2 Perkhidmatan Penolong Jurutera
3 Penolong Pegawai Seni Bina
4 Penolong Juruukur Bahan
5 Juruteknik
6 Pelukis Pelan
4. Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Ukur, Juruteknik Landskap Dan Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Serta Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Juruukur, Penolong Arkitek Landskap Dan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa. Bil 12/2013 7 Penolong Juruukur
8 Penolong Arkitek Landskap
9 Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
10 Juruteknik Ukur
11 Juruteknik Landskap
12 Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
5. Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian, Pembantu Veterinar Dan Penolong Pegawai Veterinar. Bil 13/2013 13 Pembantu Pertanian
14 Penolong Pegawai Pertanian
15 Pembantu Veterinar
16 Penolong Pegawai Veterinar
6. Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi. Bil 14/2013 17 Pensyarah Farmasi
7. Penggabungan Perkhidmatan Galian, Kimia Bumi Dan Kaji Bumi Kepada Perkhidmatan Geosains Di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia. Bil 15/2013 18 Pegawai Galian
19 Pegawai Kimia Bumi
20 Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
21 Penolong Pegawai Galian
22 Penolong Pegawai Kimia Bumi
23 Pembantu Galian
24 Pembantu Kaji Bumi
25 Penolong Pegawai Sains di JMG
26 Pembantu Makmal di JMG
8. Perubahan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R). Bil 16/2013
9. Pindaan Skim Perkhidmatan Operator Loji, Pemandu Kenderaan dan Penghantar Notis. Bil 17/2013 27 Operator Loji
28 Pemandu Kenderaan
29 Penghantar Notis
10. Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Bil 18/2013 30 Pemandu/Operator Jentera Pemunggah
31 Pembantu Perawatan Kesihatan
11. Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu Awam. Bil 19/2013 32 Pembantu Am Pejabat
33 Pembantu Kamera/Pemandu
34 Penyelia Jeti
35 Penyelamat
36 Pekerja Awam
37 Pekerja Awam Khas
12. Penjumudan Skim Perkhidmatan Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera). Bil 20/2013 38 Pemandu Enjin (KBB) Hanya di Pulau Pinang
13. Pindaan Skim Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik. Bil 21/2013 39 Penjaga Jentera Elektrik
14. Skim Perkhidmatan Pembantu Kemahiran. Bil 22/2013 40 Tukang K3
41 Tukang K2
42 Tukang K1
15. Pertukaran Pelantikan Pegawai Dalam Skim Perkhidmatan Jumud Kepada Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa. Bil 23/2013
16. Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan, Penerbit Rancangan, Artis Budaya, Ahli Muzik, Ahli Fotografi, Jurusolek, Pereka Dan Pegawai Berita Bil 24/2013 43 Pegawai Kebudayaan
44 Penerbit Rancangan
45 Artis Budaya
46 Ahli Muzik
47 Ahli Fotografi
48 Jurusolek
49 Pereka
50 Pegawai Berita
17. Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Rendah Dan Pembantu Hidupan Liar. Bil 25/2013 51 Pembantu Hidupan Liar Rendah (dijumudkan)
52 Pembantu Hidupan Liar
18. Skim Perkhidmatan Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Bagi Pemakaian Di Sabah Dan Sarawak. Bil 26/2013 53 Penolong Pegawai Tadbir Tanah (Sabah)
54 Pembantu Tadbir Tanah (Sabah)
55 Penolong Pegawai Tanah (Sarawak)
19. Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Kawalan Trafik Udara. Bil 27/2013 56 Pembantu Kawalan Trafik Udara (dijumudkan)
57 Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara.
20. Pindaan Skim Perkhidmatan Guru Bahasa. Bil 28/2013 58 Guru Bahasa.
21. Perubahan Nama Dan Pindaan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Dan Penolong Pegawai Perancang Bahasa. Bil 29/2013 59 Pegawai Perancang Bahasa.
60 Penolong Pegawai Perancang Bahasa.
22. Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Rancangan Tanah. Bil 30/2013 61 Pegawai Rancangan Tanah.
23. Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu Lokomotif. Bil 31/2013 62 Pemandu Lokomotif.
24. Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Wartawan/Wartawan. Bil 32/2013 63 Pembantu Wartawan/Wartawan.
25.

Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perpustakaan.

Bil 33/2013 64 Penolong Pegawai Perpustakaan
26. Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Pertahanan Awam, Penolong Pegawai Pertahanan, Pembantu Pertahanan Awam, Penolong Penguasa Imigresen/ Penguasa Imigresen Dan Pegawai Imigresen. Bil 34/2013 65 Pegawai Pertahanan Awam.
66 Penolong Pegawai Pertahanan.
67 Pembantu Pertahanan Awam.
68 Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen.
69 Pegawai Imigresen..
27.

Tambahan Syarat Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) Dalam Perbekalan Ukuran Fizikal.

Bil 35/2013 70 Penguasa Penjara
71 Penolong Penguasa Penjara
72 Pegawai Penjara
73 Penguasa Bomba
74 Penolong Penguasa Bomba
75 Pegawai Bomba
76 Pegawai Penguatkuasa
77 Penolong Pegawai Penguatkuasa
78 Pembantu Penguatkuasa
79 Pegawai Keselamatan
80 Penolong Pegawai Keselamatan
81 Pembantu Keselamatan
82 Pengawal Keselamatan
83 Pegawai Kesatria
84 Penolong Pegawai Kesatria
85 Pembantu Kesatria

Apakah nasib mereka yang tidak mendapat perhatian inihttp://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/.

Comments

Popular Posts