Skip to main content
FAKTA TAU: Tan Sri Abdul Taib Mahmud
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) telah menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah sebanyak RM64 bilion. Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak RM46 bilion, sekali gus menjadikannya rakyat Malaysia yang terkaya, mengatasi hartawan Robert Kuok.
Gaji seorang ketua menteri RM 20,000 sebulan, RM 46 billion aset adalah sama dengan 2.3 juta bulan bekerja sebagai ketua menteri Sarawak! Sila “SHARE”!
Ubah Sekarang, Bersihkan Sarawak!
Satu lagi NGO yang berpangkalan di London, Global Witness (GW) juga telah mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan menyalahgunakan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.
Sebagai pemimpin Sarawak yang korup selama 32 tahun, Taib Mahmud telah merompak sebahagian besar kekayaan hutan balak Sarawak untuk keluarga dan kroni perniagaannya serta memusnahkan kehidupan dan alam sekitar penduduk pribumi.
Hutan Sarawak dimiliki oleh semua rakyat Sarawak, bukan Taib Mahmud dan kroni-kroninya.
Ubah Sekarang, Bersihkan Sarawak!
Comments
Post a Comment